Apa yg sy tulis ni kdang2 pndai serius, pndai dtang buduh, pndai mengopy n share dri tmpat len n so on. Kadang2 datang rajin update entry, kadang2 dtang malas smpai berbulan2 x lawat ni blog. Bntuk pnulisan pun kdang2 pndai skema, kdang2 pndai... ntah, kdang2 blur... (x pham uda apa sa tulis). Apa2 pun, buatla blog ni cam rumah sendri yer hehe...


Hi U all. Folo la sa...

Selamat demam Piala Dunia!!!




Encek Paul yang hebat

Awal pagi, semasa perjalanan dari IPG Kampus Kent ke SK Selupoh untuk menjalani sesi praktikum, sudah semestinya  siaran Radio Hot FM menjadi halwa telinga. Itulah yang dipasang dan itu sajalah yang menjadi pilihan.

Topik utama yang sering dibincangkan adalah berkenaan Paul, si sotong yang kononnya mampu meramal keputusan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010. Ramalan Paul tepat 100% untuk 6 perlawanan yang melibatkan negaranya, Jerman.

Apa yang menarik perhatian saya bukanlah keupayaan meramal Paul tapi tindak balas orang ramai terhadap sotong ini. Ada yang percaya dengan ramalannya, ada yang mengatakan ianya kebetulan dan pelbagai lagi teori yang tidak masuk akal seperti konspirasi Illuminati dan sebagainya. Tidak kurang juga dengan ugutan ‘bunuh untuk dimasak’ daripada peminat-peminat bola sepak sebagai tanda kemarahan mereka terhadap setiap ramalan yang dilakukan oleh Paul.

Saya tidak mempu nyai sebarang komen yang bernas mengenai keupayaan Paul dalam meramal itu. Jika benar, mungkin ini adalah satu penemuan baru di mana haiwan memiliki kelebihan seperti meramal masa depan yang tidak ada pada manusia. Jika sebaliknya, mungkin terdapat pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan dalam memanipulasikan keputusan yang boleh mengkucar-kacirkan kek ekonomi dunia seperti sektor perjudian sukan, pelaburan dan sebagainya.


Di sini, kita perlu berfikir secara logik. Takkanlah kerana ramalan, haiwan itu sampai diancam bunuh! Adakah badi demam bola sepak menyebabkan kita hilang pedoman, tidak lagi dapat berfikir secara rasional dan sanggup percaya benda yang bukan-bukan? Ramalan terakhir yang dilakukan oleh Paul yang melibatkan Belanda dan Sepanyol dalam perlawanan penentuan juara Piala Dunia 2010 ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat di seluruh pelusuk dunia sama ada tepat atau tidak.

Apapun jua keputusan  ramalan yang dilakukan olehnya, Paul telah membuktikan bahawa seekor sotong mampu untuk menguasai dunia. Adakah haiwan lain akan bertindak sedemikian kelak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...