Apa yg sy tulis ni kdang2 pndai serius, pndai dtang buduh, pndai mengopy n share dri tmpat len n so on. Kadang2 datang rajin update entry, kadang2 dtang malas smpai berbulan2 x lawat ni blog. Bntuk pnulisan pun kdang2 pndai skema, kdang2 pndai... ntah, kdang2 blur... (x pham uda apa sa tulis). Apa2 pun, buatla blog ni cam rumah sendri yer hehe...


Hi U all. Folo la sa...

Logic Thinker

Pada suatu hari di suatu gerai makan, masuklah seorang berpakaian smart (panggil Ajoi jer ek..) dan minum di gerai tersebut. Tauke warung tersebut (Wak Radin) yg boring takde pelangan lain mengajak Ajoi berbual..
Wak Radin: Apa Pekerjaan Bapak?
Lalu Ajoi itu jawab: “Ooooo saya adalah seorang Logic Thinker”.
Wak Radin pelik dan bertanya: “Logic thinker? Kerja aper tu?”
Ajoi menjawab: Susah nak terangkannya, bukan pekerjaan yg biasa, tapi saya akan beri Wak satu contoh ok?
Wak Radin: OK!
Ajoi: Ok mula-mula – Apakah Wak punya akuarium?
Wak Radin: O ya saya ada akuarium yg besar di rumah.
Ajoi: Ok kalau Wak ada akuarium, logiknya Wak ada ikan.
Wak Radin: Yup saya ada ikan macam-macam jenis.
Ajoi: Kalau Wak ada ikan, pasti Wak sayang binatang.
Wak Radin: O ya betul sekali saya sangat sayang pada binatang.
Ajoi: Kalau Wak sayang binatang, apalagi pada anak anda! Anda pasti sangat menyayangi anak anda.
Wak Radin: Betul sekali (suka) saya mencintai anak saya lebih dari ikan.
Ajoi: Inilah logiknya, jika Wak ada anak, pasti Wak ada isteri.
Wak Radin: Mestilah, saya memang ada isteri yg cantik jelita.
Ajoi: Tentu saja saya tahu karena itu semua hanya logik jer. OK sekarang pertanyaan terakhir, jika anda ada isteri dan anak, bererti anda tidak mati pucuk! Betul?
Wak Radin: 100% betul saya tidak mati pucuk.
Ajoi: Hmm begitulah lebih kurang logic thinker itu.
Wak Radin: Ooo begitu ek? Wak faham sekarang (sambil takjub).
Setelah pelangganya itu pergi, datanglah kawannya dan Wak bertanya:
Kawan: Aku tgk Wak borak bukan main rancak, citer aper?
Wak Radin: Ooo tadi saya berbual pasal kerjaya Logic Thinker.
Kawan: Apa itu Logic Thinker?
Wak Radin: Begini saya terangkan (muka konfiden giler).
Pertama-tama saya tanya dahulu, Ko ada akuarium tak?
Kawan Wak : Takde, naper?
Wak: (berkata dgn keras dan pasti) BERERTI ANDA MATI PUCUK!!!

So korang ada akuarium kat umah tak??



Ntah lupa dari mana cilok cerita ini. Apa2pun kredit kepada pembikin cerita ini...

Monyet dan Badak yang berkawan baek

Alhikayat, dalam sebuah hutan di negeri Pahang ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Merek...a ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar.

Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok,keluarlah jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua-dua menatang itu.

Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe. Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson

Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam

Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei

Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di Pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang-barang mat motornya tu..

Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik-baik"

Badak tu pun pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya".

Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu-satunya badak jantan satu Malaya nihh..

"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.

Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"

Jin tu pun kelipkan mata, bling....

Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas-puasnya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah

Against Racism!!

Your car is German. Your vodka is Finnish. Your pizza is Italian. Your kebab is Turkish. Your democracy is Greek. Your coffee is Papuan. Your movies are American. Your tea is Tamil. Your shirt is from Bangladesh. Your oil is Saudi Arabian. Your electronics are Chinese. Your numbers Arabic, your letters Latin. And you complain that your neighbor is an immigrant?

Takpa, orang len kan ada...

Ketika berada di dalam dewan kuliah, seorang rakan anda tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh pensyarah. Rakan itu berdiri termangu-mangu disebabkan tidak pasti dengan apa yang perlu dijawabnya. Pensyarah membuka laluan untuk pelajar-pelajar yang lain bagi membantu menjawab.   
Percaya atau tidak, waktu-waktu sebegini, kebanyakan pelajar yang berada dalam dewan tersebut masih teragak-agak sama ada untuk bangun memberikan jawapan atau tidak.
"Eh, betul ke ni jawapan aku ni? Buatnya aku bangun jawab, salah, tak ke malu aku nanti."
"Takpelah, nanti ada la orang bangun jawabkan."
Lepas Tangan
Anda pasti pernah mendengar atau membaca kisah Raja yang meminta rakyatnya memberikan madu sedikit seorang untuk dikumpulkan dalam tempayan besar di istana. Namun salah seorang rakyat mula berfikiran sebegini,
"Takpelah, aku seorang je yang letak air, orang lain mesti letak madu punya."
Apa yang terjadi kemudiannya? Tempayan besar itu dipenuhi AIR, bukannya MADU!
Dalam teori psikologi, terdapat satu istilah yang dinamakan Genovese syndrome, berkait rapat dengan situasi dan kisah di atas.
Genovese Syndrome
Sindrom Genovese adalah satu fenomena di mana seseorang itu mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri atau memberikan bantuan dalam keadaan yang penting dan genting, dengan wujudnya bilangan orang yang ramai.
Ringkasnya, keadaan ini sama dengan peribahasa Melayu, lepas tangan.
Apakah bahayanya sindrom ini dalam masyarakat kita?
Belajar tidak aktif, bekerja tidak produktif, malahan berbincang atau bercakap pun sangat pasif!
Rata-rata umat kita 'menghidap' sindrom ini, sama ada sedar mahupun tidak. Apa tidaknya, mengambil bahagian dalam perbincangan tak mahu, bertanya soalan kepada pensyarah tak mahu, mengatakan sesuatu yang hak dan benar pun tak mahu! Alahai, jika begini, usahlah berkata mahu tolong saudara-saudara di Palestin, sebab semuanya itu hanyalah hasrat murni di dalam hati, takkan terjadi.
Buangkan sifat "tak apa, orang lain kan ada..."
Mahukah kita terus menjadi umat yang mundur, sering direndah-rendahkan oleh umat lain?
Puncanya? Tanya diri sendiri.



Sumber

PERANCANGAN UJIAN KECERGASAN

Ujian kecergasan adalah kaedah yang digunakan untuk menguji tahap kecergasan individu. Bentuk bateri ujian adalah berdasarkan kepada aspek-aspek yang terdapat dalam komponen kecergasan. Untuk melakukan ujian-ujian tersebut, ianya mesti dilakukan mengikut protokol dan prosedur yang betul. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, kebolehan murid, peralatan yang digunakan dan lokasi perlaksanaan ujian. Dengan mengambil kira perkara-perkara tersebut, ujian kecergasan yang diuji baru boleh dijadikan sebagai bahan rujukan yang menunjukkan tahap kecergasan seseorang.
Proses untuk melaksanakan ujian memerlukan strategi pelaksanaan yang sistematik. Oleh itu, perancangan yang teliti perlu dilakukan bagi memastikan ujian mencapai objektifnya dan berjalan dengan jayanya.
Pemilihan instrumen kecergasan yang perlu diuji dimulakan dengan mengenalpasti kriteria ujian yang terbaik. Saya memilih ujian kecergasan berdasarkan :
1.      Bersifat realistik dan munasabah
2.      Mudah untuk dilakukan
3.      Ekonomik
4.      Relevan dalam pelbagai aktiviti sukan, permainan dan pertandingan

Ujian yang dipilih berdasarkan kepada kemahiran sukan yang sama dengan situasi permainan sebenar selain daripada memastikan ianya dapat mengukur kualiti kecergasan. Saya juga pastikan tidak ada sebarang perkaitan di antara setiap ujian bagi mengelakkan daripada melakukan pengujian yang mempunyai komponen kecergasan yang sama. Bagi memastikan perjalanan ujian seimbang untuk semua subjek, korelasi di antara setiap ujian juga dipastikan tidak rapat. Ini dapat menjimatkan masa dan memberi keadilan kepada semua subjek di mana subjek yang lemah mampu untuk melaksanakannya.
Selain daripada itu, ujian yang dipilih juga seiring dengan kesesuaian dan kebolehan subjek. Ini akan dapat menarik minat subjek untuk meneruskan ujian dan sentiasa gembara kerana mereka memahami tujuan mereka melaksanakan ujian. Saya juga memastikan setiap ujian mempunyai indikator yang spesifik dalam menentukan kekuatan dan kelemahan subjek dalam melaksanakan ujian. Indikator yang spesifik dapat membantu dalam menilai tahap keupayaan subjek seterusnya dapat membezakan di antara setiap subjek yang mempunyai tahap kecergasan yang berbeza.
Akhir sekali, saya memastikan prosedur ujian mudah difahami dan membantu saya sebagai penguji dan subjek semasa melaksanakan ujian. Sebarang arahan dan pemberian skor dipastikan jelas dan tepat.
Selain daripada penumpuan terhadap pembinaan bateri ujian, saya juga melakukan perkara-perkara berikut:
1.      Menyediakan kawasan operasi berdasarkan kepada organisasi ujian
2.      Berhubung dengan subjek mengenai ujian yang dilakukan dan sentiasa memberikan maklumat berkaitan dari semasa ke semasa sebelum ujian dimulakan
3.      Bekerjasama dengan rakan lain untuk saling bantu menbantu dalam melaksanakan ujian
4.      Menubuhkan jawatankuasa pengurusan perlaksanaan ujian dalam memastikan perlaksanaan ujian berjalan dengan lancar

PENGUJIAN DAN PENGUKURAN PnP BAHASA MELAYU


PENGUJIAN
            Pengujian digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran murid. Proses pengujian biasanya berbentuk satu set instrumen bersama prosedur yang sistematik yang digunakan untuk mengukur tingkah laku atau perubahan murid. Set instrumen tersebut boleh dikatakan sebagai alat pengukuran yang digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai pencapaian murid.
            Perlaksanaan pengujian selepas satu atau beberapa topik pelajaran yang diajar dapat  mengukur pencapaian seseorang murid dalam pembelajarannya. Keputusan pengujian tersebut boleh digunakan oleh guru sebagai panduan dalam membahagikan murid mengikut kumpulan yang sesuai berdasarkan kepada tahap kefahamannya terhadap pengajaran. Contohnya, murid yang lemah dalam pembelajaran dapat dikenalpasti melalui keputusan pengujian yang guru berikan dan seterusnya mereka boleh diletakkan dalam satu kumpulan bagi memudahkan guru untuk memberikan pemulihan terhadap mereka.
            Selain itu, perlaksanaan pengujian di akhir PnP boleh menggalakkan murid untuk mengulangkaji pelajarannya. Pengujian yang diberikan membuatkan murid untuk menumpukan perhatian terhadap pembelajaran untuk bersedia melaksanakan ujian. Murid juga dapat mengetahui tahap kefahamannya terhadap pembelajaran melalui keputusan ujian tersebut seterusnya akan berusaha bersungguh-sungguh seperti mengulangkaji bagi memastikan keputusan pengujian pada masa akan datang akan lebih baik daripada sebelumnya.
            Pengujian yang dilaksanakan dengan cara pemerhatian, ujian bertulis atau ujian lisan melatih murid sebagai persediaan untuk persediaan awam yang akan datang. Bentuk pengujian yang disediakan oleh guru dapat mempersediakan diri murid dalam mengulangkaji pelajaran dan juga panduan menjawab soalan yang dapat memberikan murid pengalaman mengebai bentuk soalan peperiksaan kelak. Oleh itu, guru perlulah kreatif dalam membina sebarang bahan ujian yang membantu murid menguji kefahaman mereka terhadap pembelajaran yang telah mereka lalui. Contohnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca murid. Pengalaman menjawab ujian kloz ini boleh digunakan oleh murid untuk ujian pada masa akan datang.
            Bahan pengujian yang dibentuk oleh guru dalam PnP Bahasa Melayu perlulah menguji sesuatu yang berkaitan dengan bahasa. Misalnya, guru membina satu ujian imlak bagi menguji kemahiran mendengar murid. Namun begitu, guru perlulah memastikan bahan pengujian tersebut sesuai dengan perkara yang diuji dengan tahap kefahaman murid berdasarkan kepada pembelajaran. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman murid tahun 5 dengan bahan bacaan murid untuk tahun 1, sudah tentu ujian tersebut tidak memberi mencabar tahap kefahaman murid dan sukar untuk memperoleh keputusan pengujian yang diinginkan. Begitu juga dengan sebaliknya.
            Prosedur melakukan pengujian dalam memerhatikan perlakuan atau tingkah laku murid boleh dijalankan dalam dua bentuk samada menggunakan bantuan skala bernombor atau sistem yang berkategori. Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan.
            Peringkat proses pengujian dimulakan dengan fasa persediaan di mana guru menyediakan bahan ujian. Item ujian seharusnya berkaitan dengan perkara yang telah dipelajari sebelum itu. Oleh itu, jadual spesifikasi ujian (JSU) digunakan sebagai panduan dalam membina item soalan. Namun begitu, guru pada masa sekarang kurang menitikberatkan penggunaan JSU dalam pembinaan bahan pengujian. Hal ini disebabkan kerana lambakan buku kerja di pasaran dan guru mengambil jalan mudah menyalin semula bulat-bulat dan menjadikannya sebagai bahan pengujian tanpa mengambil kira kesesuaiannya dengan murid.

PENGUKURAN
            Pengukuran adalah suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik di mana murid mempunyai suatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu. Proses pengukuran dilakukan secara kuantitatif dengan cara penyelidikan ataupun pemerhatian yang digunakan untuk menentukan sejauh mana murid memiliki dan menguasai prestasi atau ciri-ciri tertentu. Contoh bahan pengujian seperti soal selidik, senarai semak, inventori, skala dan sebagainya diukur terhad kepada huraian secara kuantitatif sahaja.
            Pengukuran digunakan dalam membuat perbandingan dan kedudukan di antara murid dalam penguasaan setelah tamat sesuatu pembelajaran. Guru membuat pengiraan markah selepas sahaja pengujian dijalankan dan menggunakan hasil pengukuran tersebut dalam penempatan murid dalam kategori yang sesuai dengan kemampuan murid selain daripada panduan guru untuk memberi ganjaran kepada mana-mana murid yang memberi gred yang memuaskan.
Pengukuran bertujuan untuk menentukan tahap pencapaian dan kedudukan di antara setiap murid. Hasil pengukuran akan digunakan untuk mengelaskan murid mengikut tahap keupayaan atau jurusan kurikulum yang sesuai. Murid yang sudah menguasai sesuatu pembelajaran akan dikumpulkan dan mereka akan meneruskan pembelajaran. Murid yang lemah berdasarkan kepada keputusan pengukuran akan melalui fasa pemulihan sebelum beralih ke pembelajaran seterusnya. Guru juga dapat membuat analisis dan rumusan mengenai tahap penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaran berdasarkan kepada keputusan pengukuran. Ini adalah penting untuk rekod murid sebagai tahap pencapaian akademik dalam peringkat sekolah.
            Pengukuran tidak bersifat mutlak. Contohnya, ujian objektif Bahasa Melayu boleh diukur dengan mengira jumlah jawapan yang betul berbanding dengan ujian subjektif yang lebih sukar diukur secara tepat. Namun begitu, murid yang memperoleh skor tinggi dalam ujian tidak boleh dianggap lebih tahu daripada murid lain. Misalnya, murid yang mendapat skor 90 tidak semestinya mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45. Selain itu, murid yang mendapat skor 0 juga tidak boleh dianggap sebagai tidak menerima sebarang input daripada guru. Pengukuran untuk aspek-aspek tertentu tidak dapat memberikan petunjuk yang tepat maka ia tidak bersifat mutlak. Oleh itu, pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan.
            Namun begitu, terdapat sesetengah individu suka membuat perbandingan keputusan di antara murid. Ibubapa contohnya, mereka akan membandingkan keputusan anak mereka dengan murid lain dan menganggap anak mereka sudah cukup bagus berdasarkan kepada skornya yang lebih tinggi daripada murid lain. Begitu juga dengan guru yang terus mengasingkan murid yang mendapat skor yang rendah ke kumpulan yang lemah dengan memutuskan murid itu tidak menerima pembelajaran yang diajar memerlukan pemulihan.

Christina mahu jelaskan Islam sebenar

KETIKA dua pesawat melanggar bangunan Pusat Dagangan Dunia di New York dalam insiden 11 September 2001, Christina Rountree masih di sekolah menengah rendah. Seperti sebahagian masyarakat Amerika Syarikat (AS) lain pada masa itu, dia hanya mampu tercengang dan marah.
“Apabila keluar di berita-berita mengatakan serangan tersebut dilakukan oleh orang Islam. Lantas, saya bertanya kepada teman yang beragama Islam... mengapa mereka sanggup melakukannya atas nama Islam? Islam itu agama awak, bukan?
Christina masih ingat jawapan balas teman-temannya yang mengatakan: “Mereka itu orang gila. Mereka tidak menghormati agama Islam. Islam adalah agama kedamaian”.
Fikiran Christina keliru. Lantas, dia mula membaca tentang falsafah agama Islam itu. Malah ketika di kolej, beliau turut menyertai Persatuan Pelajar Islam di kampusnya.
Semuanya selain untuk mengetahui di sebalik agama Islam, dia juga sebenarnya sedang mencari matlamat dalam kehidupannya. Sejak itu, mata dan hatinya telah terbuka tentang Islam. Selama ini terlalu banyak yang salah digambarkan tentang agama Islam. Hal ini menimbulkan semacam satu semangat kepada Christina untuk memperbetulkan, waima pada masa itu dirinya belum Islam.
Christina lantas mengambil keputusan untuk membantu golongan bukan Islam agar mereka ini lebih memahami agama yang syumul itu iaitu agama Islam.
“Mereka sebenarnya memperoleh maklumat yang salah tentang agama Islam dan Muslim ditambah kebimbangan yang sudah menguasai diri, kata Christina. Malah sebagai seorang Afro-Amerika, saya amat memahami bagaimana rasanya dinilai hanya dengan melihat penampilan luaran anda sahaja”.
Namun bagi Christina, dia tidak pasti jika ada orang yang akan mendengar kata-katanya. Keraguannya itu diluahkan kepada seorang teman.
Balas temannya, “Beginilah Christina, bukankah lebih baik awak tunjukkan contoh tauladan bagaimana seorang Muslim itu daripada awak banyak menghabiskan masa bercakap mengenai apa yang mereka sendiri tidak pernah mengambil berat untuk memahami. Ada kebenarannya juga...
Mengakui kepercayaannya ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan dakwah yang disampaikan baginda. Malah Christina turut menyukai struktur agam Islam itu sendiri dan keyakinan paling kemuncak ialah akan mukjizat al-Quran. Apa sahaja kemusykilan yang timbul boleh dirujuk terus kepada kitab suci al-Quran yang masih terpelihara dan menjadi rujukan sehingga kini.
Akhirnya, pada 17 November 2006, Christina mengucap dua kalimah syahadah. Keputusan itu atas kehendak, kerelaan dan keikhlasan. Akui Christina, dia menerima Islam kerana itulah yang dikehendaki Allah SWT ke atasnya.
Namun, keputusannya itu bukanlah sesuatu yang dijangka dan diharap oleh ibunya, sekali gus tidak merestui pengislaman yang dibuat Christina.
“Ibu melenting bila mengetahui saya sudah Muslim. Katanya, saya lakukan semua itu kerana seorang lelaki memandangkan saya mudah mesra dengan lelaki yang berasal dari Timur Tengah atau yang mirip wajah pemuda dari India. Padahal, ketika itu, ibu tahu saya tidak mempunyai teman lelaki lagi.
“Berlainan pula penerimaan bapa, dia hanya menyokong segala tindakan saya jika itu yang membuatkan saya gembira”. Katanya lagi, “Buatlah apa sahaja selagi mana kau rasakan yang engkau telah menemui Tuhanmu.”
Alhamdulillah...tidak lama selepas itu, sudah nampak tanda-tanda penerimaan ibunya, salah satunya, sesekali ibunya mengikut Christina ke masjid.
Sungguhpun begitu, tidak dapat dinafikan sebaik bergelar Muslim, dia berhadapan detik-detik kesukaran yang ada ketikanya amat memahitkan.
Katanya, percubaan mengebom lapangan terbang berdekatan Detroit pada Hari Natal adalah detik paling besar yang diumpamakan mencalit arang kepada wajah Islam kepada semua umat Islam seluruh dunia.
“Bagi saya ia bukannya satu atau dua tapak ke belakang. Ia seolah-olah ribuan tapak ke belakang. Pada saat di mana orang sudah mula menerima Islam secara positif, jauh daripada pandangan dan persepsi Islam itu agama keganasan dan pelbagai lagi sisi gelap Islam, kini situasi seperti 11 September, kembali berulang,” katanya.
Memburukkan lagi keadaan, pengalaman Christina pada ketika itu merupakan krew penerbangan. Tidak lama selepas kejayaan kerajaan AS mematahkan cubaan serangan seorang Muslim Nigeria, ketika itu dia berada di dalam sebuah pesawat yang hendak berlepas, salah seorang rakan krew yang mundar-mandir di dalam pesawat membuka bicara mengenai insiden tersebut.
Mereka berdua berulang kali mengatakan dengan nada marah dan tidak puas hati, “Orang Muslim tidak seharusnya berada di AS. Saya berharap sangat mereka semua mati. Malah mereka terus-menerus mengatakan pelbagai hal tentang Islam,” kenang Christina.
Pada saat itulah, Christina mulai faham, bagaimana pandangan majoriti warga AS tentang Muslim. Banyak yang tidak tepat, malah ada yang tidak berasas. Ingin sangat dia membetulkan pandangan salah dua krew lelaki itu tadi.
Namun, Christina memilih untuk berdiam, apatah lagi memberitahu bahawa dirinya sebenarnya seorang Muslim. Bagaimanapun, perbualan mereka itu benar-benar membebani kotak fikiran Christina.
Bagaimanapun, peristiwa itu sedikitpun tidak membuat beliau putus harapan. Baginya, suatu masa nanti, pasti rakyat AS akan melakukan sepertinya, mempelajari sendiri bagaimana Islam yang sebenarnya.
Mengakui dirinya masih dalam prose s pembelajaran selain berazam akan bertudung suatu hari nanti. Insya-Allah.

Sumber: MUSLIM IN MICHIGAN

Jaringan Sosial Friendster Saya...

Jam menunjukkan tepat 3.00 pagi, 14 Februari 2011 namun mataku masih liar menemani jari-jariku menekan keypad laptop. Walaupun dihurung kepenatan mengendalikan pertandingan bola sepak antara sekolah rendah sepanjang siang tadi namun ianya tidak menjadi penghalang kepada tumpuanku untuk memajukan lagi bandar Peroto dalam permainan Cityville (meh main CV d fesbuk!!)
Dengan serta merta, 'Friendster' datang dan berlegar-legar di kepalaku dan membantutkan semangatku meneruskan CV dan mendownload video-video Youtube. Yah, apakata kita buka FS sekarang!
laman hijau menghiasi skrin laptopku. Ikon 'green smiley' di hujung tag Friendster menyapa kedatangan semula ku. "Welcome back, sir. Wat can I help you?"

Waa, lamanya tidak berkunjung ke laman sosial ini. Ok, sesi lawatan dimulakan; approve friend request, view semula testimonial (comment) yang lepas, tengo2 gambar yang pernah diupload, senarai kawan2, lambakan mesej dan sebagainya. Takpa, lepas ni saya akan kembali semula mengaktifkan perkhidmatan Friendster ini huhuhu...

P/s: add la Friendster saya n meh la men Cityville. I ni masih noob lagi hehe...

Valentine Day

14 Februari tiba lagi. Remaja-remaja tidak sabar-sabar meninjau-ninjau dan memikir-mikir apakah hadiah untuk untuk diberikan kepada kekasih masing-masing. Inilah saat yang disukai oleh majoriti remaja kini kerana kononnya 14 Februari itu tarikh untuk mengingati kekasih tidak terkecuali remaja Islam seluruh dunia. Bukan remaja saja yang dah bukan remaja pun sama sibuknya.
Sayangnya, tidak semua anak-anak remaja memahami apakah sebenarnya Valentine Day itu sesuai atau tidak diraikan oleh umat Islam. Mereka menganggap perayaan ini sama saja dengan perayaan-perayaan lain seperti Hari Ibu, Hari Pahlawan, dan sebagainya. Tidak sama sekali.
Sedangkan Valentine Day sarat dengan muatan keagamaan bahkan bagi orang Islam yang ikut-ikutan merayakannya, hukumnya boleh jatuh musyrik, karena merayakan Valentine Day tidak boleh tidak berarti juga ikut mengakui Jesus sebagai Tuhan. Naudzubilahi min Dzalik. Mengapa demikian?
SEJARAH VALENTINE DAY
Ada banyak pendapat tentang asal dari perayaan Hari Valentine ini. Yang paling popular kisah dari Santo Valentinus yang diyakini hidup pada masa Kaisar Claudius II yang kemudian menemui ajal pada tanggal 14 Februari 269 M. Namun ini pun ada beberapa versi. Yang jelas dan tidak memiliki silang pendapat adalah kalau kita menelisik lebih jauh lagi ke dalam tradisi paganisme (dewa-dewi) Romawi Kuno, sesuatu yang dipenuhi dengan legenda, mitos, dan penyembahan berhala.
Menurut pandangan tradisi Roma Kuno, pertengahan bulan Februari memang sudah dikenal sebagai masa cinta dan kesuburan. Dalam tarikh kalender Athena kuno, masa antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari disebut sebagai bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.
Di Roma kuno, 15 Februari dikenal sebagai hari raya Lupercalia, yang merujuk kepada nama salah satu dewa bernama Lupercus, sang dewa kesuburan. Dewa ini digambarkan sebagai laki-laki yang setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing.
Di zaman Roma Kuno, para pendeta tiap tanggal 15 Februari akan melakukan ritual penyembahan kepada Dewa Lupercus dengan mempersembahkan korban berupa kambing kepada sang dewa.
Setelah itu mereka minum anggur dan akan lari-lari di jalan-jalan dalam kota Roma sambil membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Para perempuan muda akan berebut untuk disentuh kulit kambing itu karena mereka percaya bahwa sentuhan kulit kambing tersebut akan boleh mendatangkan kesuburan kepada mereka. Sesuatu yang sangat dibanggakan di Rom waktu itu.
Perayaan Lupercalia adalah rangkaian upacara pensucian di masa Romawi Kuno yang berlangsung antara tanggal 13-18 Februari, di mana pada tanggal 15 Februari mencapai puncaknya. Dua hari pertama (13-14 Februari), dipersembahkan untuk dewi cinta (Queen of Feverish Love) bernama Juno
Februata.
Pada hari ini, para pemuda berkumpul dan mengundi nama-nama gadis di dalam sebuah kotak. Lalu setiap pemuda dipersilakan mengambil nama secara acak. Gadis yang namanya ke luar harus menjadi kekasihnya selama setahun penuh untuk bersenang-senang dan menjadi bahan hiburan sang pemuda yang memilihnya.
Keesokan harinya, 15 Februari, mereka ke kuil untuk meminta perlindungan Dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Selama upacara ini, para lelaki muda melecut gadis-gadis dengan kulit binatang. Para perempuann itu berebutan untuk mendapakan lecutan karena menganggap bahwa kian banyak mendapat lecutan maka mereka akan bertambah cantik dan subur.
Ketika agama Kristen Katolik masuk ke Rom, mereka mengadaptasi upacara paganisme (berhala) ini dan mewarnainya dengan cara Kristian. Antara lain mereka mengganti nama-nama gadis dengan nama-nama Paus atau Pastor. Di antara pendukungnya adalah Kaisar Konstantine dan Paus Gregory I.
Agar lebih mendekatkan lagi pada ajaran Kristen, pada 496 M Paus Gelasius I menjadikan upacara Romawi Kuno ini menjadi Hari Perayaan Gereja dengan nama Saint Valentines Day untuk menghormati Santo Valentine yang kebetulan meninggal pada tanggal 14 Februari.
Tentang siapa sesungguhnya Santo Valentinus sendiri para sejarawan masih berbeza pendapat. Saat ini sekurangnya ada tiga nama Valentine yang meninggal pada 14 Februari.Seorang di antaranya dilukiskan sebagai orang yang mati pada masa Romawi. Namun ini pun tidak pernah ada penjelasan yang detil siapa sesungguhnya St. Valentine yang dimaksudkan juga dengan kisahnya yang tidak pernah diketahui ujung-pangkalnya karena tiap sumber mengisahkan cerita yang
Sebenar.
Menurut versi pertama, Kaisar Claudius II yang memerintahkan Kerajaan Roma berang dan memerintahkan agar menangkap dan memenjarakan Santo Valentine karena ia dengan berani menyatakan tuhannya adalah Isa Al-Masih, sembari menolak menyembah tuhan-tuhannya orang Romawi. Orang-orang yang bersimpati pada Santo Valentine lalu menulis surat dan menaruhnya di terali penjaranya.
Versi kedua menceritakan, Kaisar Claudius II menganggap tentara muda bujangan lebih tabah dan kuat di dalam medan peperangan daripada orang yang menikah. Sebab itu kaisar lalu melarang para pemuda yang menjadi tentara untuk menikah. Tindakan kaisar ini diam-diam mendapat tentangan dari Santo Valentine dan ia secara diam-diam pula menikahkan banyak pemuda hingga ia ketahuan dan ditangkap. Kaisar Cladius memutuskan hukuman gantung bagi Santo Valentine. Eksekusi dilakukan pada tanggal 14
Februari 269 M.
TRADISI KIRIM KAUCAPAN VALENTINE
Selain itu, tradisi mengirim kad Valentine itu sendiri tidak ada kaitan langsung dengan Santo Valentine. Pada tahun 1415 M, ketika Duke of Orleans dipenjara di Tower of London, pada perayaan hari gereja mengenang St. Valentine tanggal 14 Februari, ia mengirim puisi kepada isterinya di Perancis.
Oleh Geoffrey Chaucer, penyair Inggris, peristiwa itu dikaitkannya dengan
musim kawin burung-burung dalam puisinya.
Lantas, bagaimana dengan ucapan, Be My Valentine? yang sampai sekarang masih saja terdapat di banyak kad ucapan atau dinyatakan langsung oleh pasangannya masing-masing? Ken Sweiger mengatakan kata Valentine berasal dari bahasa Latin yang mempunyai persamaan dengan arti: Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa. Kata ini sebenarnya pada zaman Romawi Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang
Romawi.
Disadari atau tidak, demikian Sweiger, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi To be my Valentine?, maka dengan hal itu sesungguhnya kita telah terang-terangan melakukan suatu perbuatan yang dimurkai Tuhan, istilah Sweiger, karena meminta seseorang menjadi Sang Maha Kuasa dan hal itu sama saja dengan upaya menghidupkan kembali
budaya pemujaan kepada berhala.
Adapun Cupid (berarti: the desire), si bayi atau lelaki rupawan setengah telanjang yang bersayap dengan panah adalah putra Nimrod the hunter dewa Matahari. Disebut tuhan Cinta, karena ia begitu rupawan sehingga diburu banyak perempuan bahkan dikisahkan bahwa ibu kandungnya sendiri pun tertarik sehingga melakukan incest dengan anak kandungnya itu!
Silang sengketa siapa sesungguhnya Santo Valentine sendiri juga terjadi di dalam Gereja Katolik sendiri. Menurut gereja Katolik seperti yang ditulis dalam The Catholic Encyclopedia (1908), nama Santo Valentinus paling tidak merujuk pada tiga martir atau santo (orang suci) yang berbeda, yakni: seorang pastur di Roma, seorang uskup Interamna (modern Terni), dan seorang martir di provinsi Romawi Afrika. Koneksi antara ketiga martir ini dengan Hari Valentine juga tidak jelas.
Sisa-sisa kerangka yang digali dari makam Santo Hyppolytus di Via Tibertinus dekat Roma, diidentifikasikan sebagai jenazah St. Valentinus.Jenazah itu kemudian ditaruh dalam sebuah peti emas dan dikirim ke GerejaWhitefriar Street Carmelite Church di Dublin, Irlandia. Jenazah ini telahdiberikan kepada mereka oleh Paus Gregorius XVI pada 1836.
Banyak wisatawan sekarang yang berziarah ke gereja ini pada hariValentine, di mana peti emas diarak dalam sebuah prosesi khusyuk dan dibawa ke sebuah altar tinggi di dalam gereja. Pada hari itu, sebuah misakhusus diadakan dan dipersembahkan kepada para muda-mudi dan mereka yang sedang menjalin hubungan cinta. Hari raya ini dihapus dari kalender gerejawi pada tahun 1969 dengan alasan sebagai bagian dari sebuah usaha gereja yang lebih luas untuk menghapus santo dan santa yang asal-muasalnya tidak bisa dipertanggungjawabkan karena hanya berdasarkanmitos atau legenda. Namun walau demikian, misa ini sampai sekarang masihdirayakan oleh kelompok-kelompok gereja tertentu.
Jelas sudah, Hari Valentine sesungguhnya berasal dari mitos dan legenda zaman Romawi Kuno di mana masih berlaku kepercayaan paganism (penyembahan berhala). Gereja Katolik sendiri tidak bisa menyepakati siapa sesungguhnya Santo Valentine yang dianggap menjadi martir pada tanggal 14 Februari. Walau demikian, perayaan ini pernah diperingatisecara resmi Gereja Whitefriar Street Carmelite Church di Dublin,Irlandia dan dilarang secara resmi pada tahun 1969. Beberapa kelompokgereja Katolik masih menyelenggarakan peringatan ini tiap tahunnya.
KEPENTINGAN PERNIAGAAN
Kalau pun Hari Valentine masih dihidup-hidupkan hingga sekarang, bahkan ada kesan kian meriah, itu tidak lain dari upaya para pengusaha yang bergerak di bidang pencetakan Kkad ucapan, pengusaha hotel, pengusaha bunga, pengusaha penyelenggara acara, dan sejumlah pengusaha lain yang telah meraih keuntungan sangat besar dari event itu.
Mereka sengajameniup-niupkan Hari Valentine Day sebagai hari khusus yang sangat istimewa bagi orang yang dikasihi, agar dagangan mereka laku dan mereka mendapat laba yang amat sangat besar. Inilah apa yang sering disebut oleh para sosiologi sebagai industrialisasi agama, di mana perayaan agama oleh kapitalis dibelokkan menjadi perayaan bisnis.
PESTA KEMAKSIATAN
Orang biasanya mengira perayaan Hari Valentine berasal dari Amerika. Namun sejarah menyatakan bahwa perayaan Hari Valentine sesungguhnya berasal dari Inggeris. Di abad ke-19, Kerajaan Inggeis masih menjajah wilayah Amerika Utara. Kebudayaan Kerajaan Inggeris ini kemudian diimport oleh daerah koloninya di Amerika Utara.
Di Amerika, kad Valentine pertama yang diproduksi secara dicetak setelah tahun 1847 oleh Esther A. Howland (1828 – 1904) dari Worcester,Massachusetts. Ayahnya memiliki sebuah toko buku dan toko peralatan kantor yang besar. Mr. Howland mendapat ilham untuk memproduksi kartu diAmerika dari sebuah kartu Valentine Inggris yang ia terima. Upayanya inikemudian diikuti oleh pengusaha-pengusaha lainnya hingga kini.
Sejak tahun 2001, The Greeting Card Association (Asosiasi Kartu Ucapan AS) tiap tahun mengeluarkan penghargaan "Esther Howland Award for a Greeting Card Visionary" kepada perusahaan pencetak kartu terbaik.
Sejak Howland memproduksi kad ucapan Happy Valentine di Amerika,produksi kad dibuat di seluruh dunia. The Greeting Card Association memperkirakan bahwa di seluruh dunia, sekitar satu million Valentine dikirimkan setiap tahun. Ini adalah hari raya terbesar kedua setelah Natal dan Tahun Baru (Merry Christmast and The Happy New Year),di mana kad-kad ucapan dikirimkan. Persatuan yang sama juga memperkirakan bahwa para perempuanlah yang membeli kurang lebih 85% dari semua kad valentine.
Mulai pada separuh kedua abad ke-20, tradisi bertukaran kad di Amerika mengalami perubahan. Kad ucapan, sekarang hanya sebagai pengiring dari hadiah yang lebih besar. Hal ini sering dilakukan pria kepada perempuan. Hadiah-hadiahnya biasa berupa bunga mawar dan coklat. Mulai tahun 1980-an, industri berlian mulai mempromosikan hari Valentine sebagai sebuah kesempatan untuk memberikan perhiasan kepada perempuan pilihan.
Di Amerika Syarikat dan beberapa negara Barat, pada hari Valentine sering ditafsirkan sebagai permulaan dari suatu hubungan yang serius. Ini membuat perayaan Valentine di sana lebih bersifat dating yang sering di akhiri dengan (perzinaan)untuk menunjukkan rasa kasih sayang. Naudzubillahi min dzalik! Inilah yang dilakukan oleh ramai remaja hari ini.
Perayaan Valentine Day di negara-negara Barat umumnya dipersepsikan sebagai hari di mana pasangan-pasangan bebas melakukan apa saja,sesuatu yang lumrah di negara-negara Barat, sepanjang malam itu. Malah diberbagai hotel diselenggarakan aneka lomba dan acara yang berakhir dimasing-masing kamar yang diisi sepasang manusia berlainan jenis. Ini yang dianggap wajar, belum lagi party-party yang lebih bersifat tertutup dan menjijikan. Apakah sama saja orang yang mengaku beragama Islam dan yang bukan Islam?
IKUT MENGAKUI JESUS SEBAGAI TUHAN
Tiap tahun menjelang bulan Februari, banyak remaja mengaku beragama Islam ikut-ikutan sibuk mempersiapkan perayaan Valentine. Walau sudah banyak di antaranya yang mendengar bahwa Valentine Day adalah salah satu hari raya umat Kristiani yang mengandung nilai-nilai akidah . Ingatlah wahai remaja Muslim, sekali kalian tersasar kalian akan menangis sepanjang hidup. Menagislah keluar air mata darah sekalipun. Keadaan tidak boleh dipulihkan.
Nah, jika ada seorang Muslim yang ikut-ikutan merayakan Hari Valentine, maka diakuinya atau tidak, ia juga ikut-ikutan menerima pandangan yang mengatakan bahwa Jesus sebagai Anak Tuhan dan sebagainya yang di dalam Islam sesungguhnya sudah termasuk dalam perbuatan musyrik, menyekutukan Allah SWT, suatu perbuatan yang tidak akan mendapat ampunan dari Allah SWT. Naudzubillahi min dzalik!
Barang siapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut,”
Demikian bunyi hadits Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tirmidzi.
Ibnul Qayyim Al-Jauziyah rahimahullah juga berkata, “Memberi selamat atas acara ritual orang kafir yang khusus bagi mereka, telah disepakati bahwa perbuatan tersebut haram. Semisal memberi selamat atas hari raya dan puasa mereka, dengan mengucapkan, Selamat hari raya! dan sejenisnya.Bagi yang mengucapkannya, kalau pun tidak sampai pada kekafiran, paling tidak itu merupakan perbuatan haram. Berarti ia telah memberi selamat atas perbuatan mereka yang menyekutukan Allah. Bahkan perbuatan tersebut lebih besar dosanya di sisi Allah dan lebih dimurkai dari pada memberi selamat atas perbuatan minum khamar atau membunuh. Banyak orang yang kurang mengerti agama terjerumus dalam suatu perbuatan tanpa menyadari buruknya perbuatan tersebut. Ia telah menyiapkan diri untuk mendapatkan kemarahan dan kemurkaan Allah.
Allah SWT sendiri di dalam Al Quran surah Al-Maidah ayat 51 melarang umat Islam untuk meniru-niru atau meneladani kaum Yahudi dan Nasrani, “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim."
Wallahu'alam bishawab.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...