Apa yg sy tulis ni kdang2 pndai serius, pndai dtang buduh, pndai mengopy n share dri tmpat len n so on. Kadang2 datang rajin update entry, kadang2 dtang malas smpai berbulan2 x lawat ni blog. Bntuk pnulisan pun kdang2 pndai skema, kdang2 pndai... ntah, kdang2 blur... (x pham uda apa sa tulis). Apa2 pun, buatla blog ni cam rumah sendri yer hehe...


Hi U all. Folo la sa...

Kenangan bersama bebudak sekolah - SK Tebobon, Menggatal



Posing jap hehe. Muka tahun 2009...

ni budak rajin betul jd tourguide d sekolah ni hehe thanks Saad











 Bila la kita dapat jumpa lagi...

Kenangan bersama bebudak sekolah - SK ST John, Tuaran

 Posing kejap semasa dlam perjalan ke sekolah (Jalan kaki. Dekat ja punn...)

 Bebudak tym PJ


 Snap2 tym sambutan Hari Kemerdekaan (Tahun 2008. Dah lame dah...)





"Cgu, cgu... Piss piss gambarr"


Rindu la dengan mereka ni walaupun saya cuma berada di sekolah mereka selama seminggu...




Hupdate : Tjumpa dorg baru2 ni. Sumanya sudah besar n tinggi. Walaupun dorg ni mybe tidak ingat lagi dgn diriku tpi tak haper sbb aku akan ingat dorg ni sbg salah satu pendorong kpadaku utk mnjadi seorang guru yang hebatt!!! Yeahh...

Cerita manyak seram woo...

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973. Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut. Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampong tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana
setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.

Salleh cubamengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang
lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya. Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.

Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri. Sampai saja dirumah be liau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang
kampong sudah lama mengetahui perihal Omar.

Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut. Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cubamembuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali. Salleh cubamenjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat di kerongkong sahaja. Dia cubamembaca ayat suci yang diingatinya.

Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan. Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap. Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlak u.

Bapanya menyuruh Salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain di benaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya. Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang
berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar. Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol : 1-800-88-88-88 

Budak-budak zaman sekarang...


Wah, budak ni memang mau kena lempang ni...

Hepi befday mu...


Tup tap tup tap... Wah genap setahun sudah blog ni beroperasi. Walaupun komitmen saya bak kata Jihan ML "warm2 nail" tapi saya tetap berpuas hati kerana saya berjaya mengoperatekan blog hingga ke hari ini. Saya berjanji dan bersetia akan terus bersama dengan mu sampai saya bosan hakhakhak...

Kau kata dia...





Bila dia pegang rotan, kau kata dia garang...

Bila dia lambat masuk ke kelas, kau kata dia malas..

Bila dia marah-marah, kau kata dia singa...

Bila dia beri nasihat, kau kata dia meleter macam mak nenek..

Kini aku bakal mengikut jejak langkah DIA...

dan melakukan apa yang kau telah kata kepada dia hehe...

"SELAMAT HARI GURU"...

Kematian Osama bin Laden : Respon Nik Aziz

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.



TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,




Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...