Apa yg sy tulis ni kdang2 pndai serius, pndai dtang buduh, pndai mengopy n share dri tmpat len n so on. Kadang2 datang rajin update entry, kadang2 dtang malas smpai berbulan2 x lawat ni blog. Bntuk pnulisan pun kdang2 pndai skema, kdang2 pndai... ntah, kdang2 blur... (x pham uda apa sa tulis). Apa2 pun, buatla blog ni cam rumah sendri yer hehe...


Hi U all. Folo la sa...

AWAN BIRU


Tersebut la kisah ade satu tempat ajaib yg dinamakan awan biru.. kisah awan biru ni camni..kat dalam ni ade la benda yang menarik…. orang cakap kat awan biru ni ade lelaki handsome n pompuan cantik… sape2 yg masuk ke tempat ajaib ni akan dapat tengok lelaki/pompuan idaman diorang.. tapi masalahnya dah masuk kita tak boleh pegang awan biru ni.. sape2 yg terpegang awan biru.. akan dapat jodoh yg hodoh.. suatu hari tu ade tiga org budak lelaki ni gi tempat awan biru tu.. katekan la yg tiga org tu aku, usin dan ko yg tengah baca cite ni.. mula2 usin masuk.. pastu aku masuk.. kemudian ko yg masuk.. masa usin jalan2 dia nak terjatuh.. lalu terpegang awan biru.. aku pun gelak la pasal usin akan kawin ngan pompuan hodoh.. masa time aku gelak tu.. aku pun nak terjatuh jugak.. aku pun terus berpaut kat awan biru.. ah! sudah! aku ngan usin akan dapat pompuan hodoh la nampaknye.. kemudian giliran ko pulak yg lalu kat area tu.. tapi suma ok.. ko selamat.. ko tak pegang pun awan biru.. ok abis cite pasal awan biru.. seminggu lepas tu.. kite pun berpakat utk berkumpul kat kedai makan.. aku ngan usin pun bawak bini masing2.. bini yg hodoh.. nak buat camne.. dah memang kena kawin ngan org hodoh.. tiba2 ko datang.. bawak bini.. Fulamak!! ko kawin ngan Lisa Surihani!!!!! perrghh!!! aku pun tanya la ko camne ko bleh kawin ngan Lisa.. tak sempat ko jawab.. Lisa bagitau yg dia pun pegi kat tempat awan biru tu.. dan dia pun terpegang awan biru.. pasal tu dia dapat ko! hehehehee…



>_<



Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Lagu - lagu Yang Di Gunakan Untuk Menyeksa Tahanan!

Lagu-lagu yang bising dan tidak sesuai dengan rentak dalam keadaan tertentu boleh membawa kepada tekanan dan siksaan, sama dengan siksaan didera dan dipukul. Di bawah ini senarai lagu-lagu yang nampak biasa tapi cukup menyeksakan jika didengar berulang kali.

1. Bruce Springsteen’s “Born in the USA”
Seorang warga spanyol dituduh ada kaitan dengan jaringan alQaeda menyatakan bahawa lagu ini di mainkan semasa beliau di dalam tahanan selama 2 tahun di penjara Teluk Guantanamo Kuba.


2. Christina Aguilera’s “Dirty”
Mohammed Qahtani, yang dituduh sebagai salah seorang pemandu pesawat di dalam seranagn 11 september, mengaku disiksa dengan 2 cara,pertama di titiskan air ke atas kepalanya dan diperdengarkan lagu ini yang penuh dengan nyanyian menaikkan seksual.


3. Nancy Sinatra’s “These Boots Were Made for Walking”
Semasa penyerbuan terhadap David Koresh, pemimpin Branch Davidian oleh polis Amerika Syarikat, lagu mars dan Nancy Sinatra dimainkan dengan kuat. Tujuaannya adalah supaya suspek dapat keluar dari tempat menyorok dan mengalah. Jelek juga lagu ini.


4. AC/DC’s “Shoot to Thrill” and “Hells Bells”
Lagu Heavy Metal memang menjadi kesukaan para tentera untuk menyeksa tahanan. Jika berlarutan, tahanan akan rasa tertekan dan akan menghadapi strees yang tidak terkawal. Oleh sebab ini, ramai tahanan yang mengaku, menceritakan semua rahsia supaya dibebaskan.


5. Barney the Dinosaur’s “I Love You”
Satu lagi lagu yang dimainkan di tahanan Guantanamo. Lagu ini mengisahkan akan kegembiraan berkumpul bersama keluarga. Ini akan mendatangkan efek kepada tahanan, bahawa jika mereka mengaku bersalah atau berkata benar, mereka akan dibebaskan dan boleh kembali semula kepada keluarga masing-masing. Kalau di malaysia, lebih sesuai dengan lagu oleh Sudirman, balik kampung. hehe...


Sumber

MAKAN BABY MACAM MAKAN KEROPOK


MITOS DAN PENIPUAN

Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.

Contoh mitos : Raja di katakan jelmaan tuhan. Ini adalah mitos bertujuan untuk membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah lepas satu – satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.

Contoh mitos : Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut maka kita akan mencari perlindungan. Peranan untuk melindungi kita dari hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.

Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi di dalam gua ini ada hantu – adalah nasehat yang bersalurkan penakutan. Nasehat ini baik kerana cuba menjaga keselamatan. Ianya juga tidak baik kerana asasnya satu pembohongan.

Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka. Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.

Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal Tuhan maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk – walhal kalau Raja Jepun ini makan petai – kencing dia tetap haring. Kalau Prince Charles tercirit baunya tetap busuk.

Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca dari tiga sumber. Pertama : Pengumpulan pengalaman. Kedua: Kaji selidik. Ketiga : Ujian dalam bilik makmal.

Mitos ini akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada ianya mitos atau fakta. Jika sesuatu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau slah maka ianya masih di tahap teori. Satu ketika dahulu Letupan Besar/ Big Bang hanya satu teori – hari ini telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat dibuktikan teori ini.

Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari satu zaman ke satu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.
Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..

MITOS PERTAMA:
Hari Malaysia bukan pada 16 September tetapi 31 Ogos. BOHONG. Sabah , Serawak, Singapura dan Pesekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Sarawak.

MITOS KE DUA :
Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

MITOS KE TIGA :
Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Angkatan Wanita Sedar, Hizbul Muslimin, Peta, Malayan Democratic Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

MITOS KE EMPAT :
Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857). Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi – Radio Republik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

MITOS KE LIMA :
Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan puteh adalah motif Nusantara – merah darah rakyat – puteh hati rakyat. Motif Nusantara ini  wujud dalam bendera Singapura dan Indonesia.

MITOS KE ENAM :
Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpaduan Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.
Mitos perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan kerena gerombolan ini.

MITOS KE TUJUH:
Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.
Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagaian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

TEKNOLOJI PECAHKAN MITOS
Lihatlah betapa teknoloji dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.
Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagu ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemerdekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokumen-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melalui internet.
Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknoloji akan membebaskan manusia dari diperangkap dan dibelenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional. 



ANJING DAN KUCING YANG BERKAWAN BAIK







KUCING KEBAL


KUCING betina yang masih hidup selepas jatuh dari tingkat 12 bangunan flat di Oldbury, Britain.

OLDBURY, Britain - Seekor kucing betina masih hidup walaupun dihumban dari tingkat 12 sebuah flat pada ketinggian lebih 36.57 meter, lapor sebuah akhbar semalam.

Kucing itu terbaring dengan mulut berdarah semasa anggota-anggota sebuah agensi perlindungan haiwan tiba untuk memberi rawatan selepas dihubungi seorang penduduk bagi memberitahu mengenai kejadian berkenaan .Beberapa penduduk di tingkat tiga dilaporkan mendengar bunyi haiwan itu jatuh.

Seorang pegawai agensi perlindungan haiwan itu, Susie Bailey berkata, dia percaya kucing tersebut jatuh dari tingkat 12 flat berkenaan pada 5 Jun lalu.

Namun, kucing berusia tujuh bulan itu semakin pulih tanpa mengalami sebarang kecederaan serius selepas ia jatuh sekali gus mengejutkan pegawai-pegawai agensi perlindungan haiwan.

Kucing itu dirawat di sebuah hospital haiwan di Birmingham.

Haiwan itu memakai kolar di leher yang menunjukkan ia mempunyai tuan. - Agensi

MELAMPAUNYA...

KALAULAH ADA RUMAH POKOK...



KUCING OH KUCING...

 
1. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari
2. Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukkan melampau dengan melilitkan ekornya yang sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya
3. Puma (harimau kumbang) dan Leopard merupakan mamalia yang boleh melompat paling tinggi sekali. Mereka mampu melompat s...etinggi 16.5 kaki
4. Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg.
5. Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
6. Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu nanti
7. Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
8. Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripada manusia.
9. Panthers (Harimau Kumbang) juga dikenali sebagai Black Leopard (Harimau Bintang Hitam) mereka sebenarnya adalah daripada speseis yang sama. Jika diperhatikan betul-betul, boleh kelihatan tompok-tompok hitam pada Panthers.
10. 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing
11. Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza
12. Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini hehe
13. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring) haha
14. Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki
15. 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. Anda tergolong dalam golongan 25% ni tak?
16. Kucing ada 32 otot di setiap telinga.
17. Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
18. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. (sila google untuk keterangan lajut :)
19. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
20. Kucing mampu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari :)

sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...