Apa yg sy tulis ni kdang2 pndai serius, pndai dtang buduh, pndai mengopy n share dri tmpat len n so on. Kadang2 datang rajin update entry, kadang2 dtang malas smpai berbulan2 x lawat ni blog. Bntuk pnulisan pun kdang2 pndai skema, kdang2 pndai... ntah, kdang2 blur... (x pham uda apa sa tulis). Apa2 pun, buatla blog ni cam rumah sendri yer hehe...


Hi U all. Folo la sa...

Kalimah ALLAH yang tersembunyi disebalik Kasut Crocs!





Design yang menarik, keselesaan, ringan, serbaguna, warna yang pelbagai menjadikan Crocs menjadi pilihan ramai. Baik mereka itu bayi kecil yang baru bertatih berjalan, kanak-kanak yang sedang aktif dalam dunia upin ipinnya, remaja belasan tahun, para pria, bahkan golongan veteran sekalipun mengenakan Crocs. Namun tidak disedari musibah yang menanti Ummat Islam di sebalik kasut ini.

Bagaimana Kasut Crocs yang menjadi alas kaki paling popular kini mendatangkan musibah kepada Ummat Islam? Bukan setahun 2 crocs ini bertapak di bumi Malaysia. Lebih dari itu kurasakan. Namun baru kini disedari terdapat kalimah ALLAH, lebih tepat lagi di bahagian kita meng-alaskan tapak kaki kita.

Untuk memudahkan imaginasi anda, mari aku perkenalkan dengan logo Crocs. Anda semua sedia maklum nama Crocs ini diperolehi dari Crocodile/ Buaya. Disebabkan itulah, syarikat ini menjadikan gambar buaya sebagai 'model' mereka. Maskot ini dihias sebaik mungkin agar kelihatan comel. Jika anak-anak kecil melihat, sudah pasti menyukainya. Inilah doktrin minda bawah sedar kepada anak-anak. Persoalannya, kenapa dikatakan terdapat kalimah Allah disebalik logo Crocs ini?

Baiklah, sila lihat gambar di bawah :


Bagaimana? Ada sesuatu yang mencurigakan? Sudah pasti ada yang berkata :"Ah..ada-ada saja kamu. Tidak ada yang pelik kurasakan. Hanya logo buaya yang comel. Tidak lebih dari itu."

Jangan tersilap. Jika dilihat sekali imbas, memang tidak akan kelihatan sesuatu yang janggal dari logo ini. Sama juga seperti produk Coca Cola. Setelah diselidik, sekiranya perkataan Coca Cola ini dilihat melalui cermin, akan tertera perkataan bahasa Arab : La Mecca, La Muhammad. Apa maksudnya? Tiada Mekah, Tiada Muhammad SAW. Baiklah, lihat gambar di bawah. Logo Crocs yang aku lampirkan di atas diterbalikkan beberapa darjah :


Sudah bisa melihat sesuatu? Ya, kali ini kelihatan dengan jelas. Kalimah ALLAH bukan? Siap ada sabdu lagi. Lebih jelas lagi, aku lampirkan gambar di bawah, ihsan dari sahabat facebook :



Aduh, seperti terkena renjatan elektrik. Adakah semua ini satu kebetulan? Atau syarikat Crocs tidak tahu menahu? Hanya maskot buaya yang comel, tanpa ada agenda disebaliknya? Bagaimana pendapat anda?

Nota :

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka" - Al-Baqarah 120

a) Option yang pertama, hilangkan logo ini dengan cara menggoresnya dengan pisau. Biar ia kelihatan bercalar-balar, kesucian Islam itu perlu dijaga.
b) Jika anda benar-benar marah akan perkara ini, bakar kasut Crocs kepunyaan anda sendiri.
c) Jika rakan anda belum maklum, sila maklumkan kepada beliau. Bukan membakar terus kasut Crocs mereka.
d) Jika anda mereka masih mengira-ngira untuk membeli kasut ini, anda ada pilihan (a) dan pilihan (b).
e) Jika anda berautoriti untuk mengetengahkan perkara ini kepada sekalian warga, aku cukup-cukup mengalukan.
f) Jika anda tidak ambil peduli akan pendedahan ini, sahlah keimanan yang ada di dalam diri bagi seorang muslim telah dicabut oleh Allah. Atau juga anda beranggapan ianya saja diketengahkan bagi mensabotaj crocs.
g) Jika anda seorang muslim yang beriman, sebarkan artikel ini kepada semua. Baik menggunakan blog anda, akaun facebook anda, akaun twitter, atau lain-lain medium.

Nota terbaru :

a) Ini laman web rasmi Crocs : http://www.crocs.com/home/homepage,default,pg.html
b) http://www.azwananuar.com/info-tips/kasut-crocs.html)
Crocs, Inc diasaskan oleh usahawan bernama George B. Boedecker, Jr. untuk mengeluar dan mengedarkan kasut jenis clog plastik (Clog ialah sejenis kasut yang diperbuat daripada kayu). Plastik itu dihasilkan oleh sebuah syarikat dari Kanada iaitu Foam Creations. Pada awalnya kasut tersebut dihasilkan sebagai kasut spa dan produk pertama yang dikeluarkan Crocs ialah Crocs Beach pada tahun 2002, jenis yang paling banyak sangat kita nampak sekarang.

Crocs, Inc telah membeli Foam Creations dan seluruh operasi pengeluarannya demi menjamin hak ekslusif keatas bahan yang digunakan untuk membuat plastik tersebut iaitu foam resin. Crocs telah mendaftarkan paten kasutnya pada Februari 2006. Selepas ianya didaftarkan Crocs, Inc telah memfailkan saman kepada beberapa syarikat yang mengeluarkan dan mengedarkan produk dan rekabentuk yang hampir sama dengan kasut Crocs. Produk-produk tiruan ini dikenali sebgai Crocs-offs.


Sa kopi dri blog
http://tafsir-sipenulis.blogspot.com/2010/05/kalimah-allah-yang-tersembunyi.html

Ni antara komen dari orang stakat yg sa baca la

dexer | May 26, 2010 11:56 AM 
Sesungguhnhya sifat was2 melampau di tegah oleh Islam dan terlalu detail sangat pon tak boleh, lainla kalo terang terangan. Kalo berselindung tak di kira. Mereka yang cuba guna cara ni hanya memperbodohkan diri sendiri dangan usaha sia sia, kerana Allah s.w.t. takkan menghukum pada perkara yang tidak di ketahui hambaNya...
azwan | May 26, 2010 4:46 PM 
salamz. info yang baik. munkin secara kebetulan dan juga munkin benar ini agenda yahudi. tapi untuk menghilangkan rasa ragu2 elok tak payah beli n pakai. kalau dah beli pun, munkin boleh alter sikit gambar crocs tu bagi tak jelas kelihatan seperti kalimah allah. munkin aku akan copy artikel ini ke dalam blog aku untuk disebarkan.
Bah, meh la kta pikir2 ah... Ciaoo...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...