Apa yg sy tulis ni kdang2 pndai serius, pndai dtang buduh, pndai mengopy n share dri tmpat len n so on. Kadang2 datang rajin update entry, kadang2 dtang malas smpai berbulan2 x lawat ni blog. Bntuk pnulisan pun kdang2 pndai skema, kdang2 pndai... ntah, kdang2 blur... (x pham uda apa sa tulis). Apa2 pun, buatla blog ni cam rumah sendri yer hehe...


Hi U all. Folo la sa...

JOM BUAT KETUPAT KUCING!!




Satu inovasi yang hebatt dalam arena pembuatan ketupat. Terbaekk!!

Btw, selamat berpuasa n hari raya n merdeka!!!




sumber

9 SOALAN




Pada zaman dahulu, terjadinya suatu perdebatan antara golongan Atheis (tidak percaya kewujudan Tuhan) dengan seorang pemuda yang beragama Islam. Pemuda ini datang bersama gurunya dan gurunya telah diajak berdebat dengan golongan Atheis itu namun tidak dibenarkan pemuda itu, katanya: “Tak selayaknya seorang ulama besar berdebat di dalam majlis sebegini, cukuplah diserahkan kepada muridnya yang masih muda ini untuk berbincang-bincang dengan mereka-mereka ini.”
Semua yang ada di dalam majlis ketika itu terkejut dengan keberanian pemuda ini. Maka bermulalah perdebatan di antara mereka. Bila mana pemuda ini duduk duduk pada tempat yang disediakan maka serentak dengan itu salah seorang Atheis terus mengajukan soalan:

Soalan Pertama
Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”
Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”

Soalan Kedua
Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”
Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”

Soalan Ketiga
Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”
Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai mengira?”
Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai mengira.”
Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”

Atheis: “Nombor 3″
Pemuda: “Nombor sebelum 3?”
Atheis: “Nombor 2″


Pemuda: “Nombor sebelum 2?”
Atheis: “Nombor 1″
Pemuda: “Nombor sebelum 1?”
Atheis: “Tiada”
Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”
Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Soalan Keempat
Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”
Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”
Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”
Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”
Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima
Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”
Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.
Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”
Atheis menjawab: “Tentu sekali.”
Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”
Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”
Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”
Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”
Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”
Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.
Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”
Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam
Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”
Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”
Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”
Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”

Soalan Ketujuh
Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”
Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”
Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.
Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan. Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”

Soalan Kelapan
Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”
Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”
Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.

Soalan Kesembilan
Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”
Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”
Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat. Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.
Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”
Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.

Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita. Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah wafat.... al-Fatihah.



ANTARA CINTA DAN KENTUT

CINTA dan KENTUT tidak bisa ditahan, keduanya bisa menjadi lega bila terlaksana.
CINTA tertahan = Sengsara, KENTUT ditahan = Menderita
Kalau CINTA dan KENTUT keras bersuara, tentu perasaan kita lega.
CINTA terkesan malu-malu tapi mau, KENTUT bikin malu-maluin baunya.
CINTA tanpa rasa, bukan CINTA namanya, KENTUT tak berbau, bukan KENTUT namanya.
CINTA itu rapuh, KENTUT itu bau.
CINTA itu halus, KENTUT itu virus.
CINTA diam-diam membuat orang mabuk kepayang, KENTUT diam-diam membuat orang mabuk kepalang.
CINTA bagi kebanyakan orang muda, “Ahhh, CINTA monyet…!”
KENTUT didepan banyak orang, “Sialan, monyet lu…!”
CINTA dan KENTUT sama-sama sering dicari:
Kalau sudah CINTA: “Dimana engkau duhai kekasih?”
Kalo sudah KENTUT: “Siapa nih yang KENTUT? Hayoo, ngaku gak…?!!!”
CINTA berlebih membuat orang terbuai, KENTUT berlebih membuat orang terkulai.
CINTA menyatukan persepsi, KENTUT menyatukan emosi.



Mana Mak?


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,



Jam 6.30 petang



Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.



Ayah tanya Along, “Mana Mak?”



Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”



Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”



Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”



Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.





Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"



Ateh menjawab, “Entah.”





Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.



Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.



Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.





Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.



Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"



Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.



Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.



Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.



Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"





Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.



Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 



Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.





Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.



Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.



Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni." 



Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.



Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.



Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.



Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.



Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.





Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.



Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."



Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.





Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.



Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.





Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.



Beberapa tahun kemudian



Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.



Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.



Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.





Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.





Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.



Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..



Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.



Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,



"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "



Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."



"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..



Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" 



Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.



Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Max 24:7

Sebelum ni, tak pernah terlintas dalam pikiran pun nak tahu pasal hiburan2 yg made in Korea Selatan. Nama selebriti2nya tak brapa hafal, drama, filem, lagu2 hits nya dsb. Drama Korea setakat ni yang berjaya dilayan dari awal hingga tamat "Successful Story of a Bright Girl" lakonan Jang Nara (layan drama ni di tv3 tym masih sekolah menengah suatu ketika dahulu). Drama2 yang lain (Full House, ntah apa lagi) layan sampai episod 2 – 3 sahaja. Tak larat nak habiskan hingga ke episod yang terakhir…

Itu baru drama. Lagu-lagu terutamanya yg beralirkan Kpop kurang melekat di telinga.Walaupun tune lagunya catchy n mampu membuatku riang ria (n sedih) mendengarnya, namun liriknya yang sepatah haram tidak difahami menyebabkan ianya sukar untuk kuterima. Mungkin umurku yang menghalang aku untuk meminati benda2 Kpop ni (24 tahun hehe). Tapi tidak ku nafikan pengaruh lagu Kpop ni terlalu kuat shingga bebudak sekolah rendah pun x mo layan lagu kanak-kanak lagi...

Kisah Benar aku bersama bebudak kesayanganku Tahun 2 di SK XXX…
Peroto : Murid-murid, ingat lagi lagu "Ais Kacang" yang cgu ajar kamu minggu lalu?    
Bebudak : Ingat... (Menjawab dengan nada yg mendatar)                                          
Peroto : Ok, kita cuba nyanyi lagi lagu tu. Cgu akan ajar kamu lagu baru lagi lepas ni ya 
Bebudak 1 : Cgu, kita nyanyi lagu 4 minutes ah cgu...                                              
Peroto : 4 minutes? Macam mana kamu tau lagu Madonna ni?                                  
Bebudak 1 : Eeee cgu ni. Cgu tida tau ka lagu 4 minutes?                                            
Bebudak 2 : Yang Korea bah cgu. Ada c Jihun, Soyun, Gayu… (Ntah nama apa juga diorang sebut ni)                                                                                                
Bebudak 3 : Tida siuk dorg tu cgu. Kita nyanyi lagu Wondergirls la yang nobody nobody tu cgu…
Cheitt, Kpop rupanya. Murid-muridku yang tercinta lagi pakar dari aku…
Peroto : Kamu ni, itu pula kamu tau ah…                                                            
Bebudak 3 : I want nobody, nobody but you… (diikuti tepukan beritma oleh bebudak lain…)
Pendek kata, aku ni noob dalam hal2 Korea ni hehe...

Ok, apa yang ingin ku sharekan di sini ialah mengenai Max 247, salah satu kumpulan artis yang memperjuangkan aliran pop di persada hiburan tanah air kita. Kumpulan ni boleh dikatakan amat dikenali oleh seantaro rakyat Malaysia (yang minat lagu2 Kpop). Asal buka internet n taip Max 247 di Google, sudah pasti akan keluar banyak cerita-cerita mengenai kumpulan. Cerita2 yang memberi kritikan membina n tidak kurang jua yang mengutuk habis-habisan (Bleh tengok sendiri, tanya Mr Google).

Satu persoalan yang bermain di minda yang tidak mencapah ini, kenapa grup ni tidak boleh diterima seperti mana grup2 lain contohnya O.N.E, Ruffedge (grup ni masi aktif ker?) ataupun grup otai KRU? Tak perlu jawab sebab aku memang tahu jawapannya (Banyak jawapannya di internet hehe).

Tak apa Max 247. Apa jua yang kita buat walaupun ianya terbaik dari pihak kita sudah tentu ada  baik buruknya (Off topic – sehebat mana pun aku dalam mengawal Hero Aiushta the Enchantress tetap x buleh lawan hero adikku namun aku masih mampu berjaya menjadi sidekick grupku yang gemilang). Every cloud has a silver lining. Akan ada manfaat yang boleh diperoleh pada setiap perkara sukar yang kamu sedang tempuhi.

Aku pernah jadikan Max 247 sebagai topik perbualan dengan murid-murid tahap 2 pada waktu rehat di bulan puasa ini. Bebudak ni mana buleh pergi ke kantin. Jadi lebih baik aku bawa diorang bbincang mengenai perkara yang menarik minat diorang

Soalan
Tahu Max 247?
  • Tau bah cgu. Yang ikut2 Kpop tu kan cgu…
  • Eee dorg ni **** ****… (Cubit mulut budak tu sebelum dia meneruskan lagi kata2nya)
  • Yang gaya dorang begini2 ka tu cgu? (Buat gaya Action Kamen Shin Chan)
  • …Ntah apa tu cgu?

Apa yang kamu nampak baik pada kumpulan ni?
  • …Ntah cgu…

Apa yang kamu nampak tidak baik pada kumpulan ni?
  • G783qg2hfkjnfou39rflefj4uou4890ulsnldksgmds… (Semua jawapan boleh dicari sendiri di internet)

Apa nilai yang kamu boleh peroleh daripada kumpulan ni?
(Bebudak pkir kejap. Terpaksa bagi contoh baru diorang dapat idea jawapan)
  • Kerjasama dalam pasukan
  • Terus berusaha walaupun banyak dugaan
  • Sentiasa meningkatkan kualiti diri
  • Mengakui kesalahan diri
  • Tetap kiutt… (Jawapan bebudak perempuan hehe)
  • Dan lain-lain

Lepas tu aku suruh diorang buat kesimpulan hasil perbincangan tapi tak sempat sebab diorang suma dipanggil oleh ustazah berkumpul di surau sekolah hehe…

Terus trang aku suda mula layan lagu2 Kpop selepas aku mengenali Max 247. Kiranya itulah antara kebaikan yang aku peroleh dari grup ni hehe. Aku sudah mampu membezakan mana satu grup Big Bang, SuJu, Wonder Girls dll. Ini juga memberiku pngtahuan mengenai grup2 pop di negara lain sperti SM*SH, NSG Star, Hitz d Indonesia. Aku juga sudah mempunyai idea lagu2 yg perlu aku download d intrnet slain dari artis kgemaran ku. Semuanya bermula dari Max 247 yang boleh ku katakan menimbulkan satu fenomena di arena hiburan tanahair hehe…

Ini kiranya pandangan aku terhadap Max 247 n jua grup2 pop Malaysia yang lain. Sekian terima kasih…


p/s : Tetap minat Lady G walaupun dia ni suka buat kontroversi hehehe...

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community, yeah!-Perotojr

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community, yeah!-Perotojr

BIRTHDAY WISH DI FACEBOOK



Sudah semestinya bila sampai waktunya (ulang tahun kelahiran), berbondong-bondong ucapan akan menerjah di dalam profil Facebook. Perkara ini juga tidak mengecualikan dirinya kepada saya (ayat apa ni) dengan kebanjiran notification yang melanda sekali dalam setahun haha. Terima kasih kepada semua yang sempat memberikan ucapannya kepada saya di dalam Facebook. Jadi dengan gembiranya, saya ingin menshare beberapa ucapan yang saya terima di dalam Facebook hehe...

Mat ari jadi abg Fredaus Johari Gugau...
moga pnjg umo,murah rzki n sllu hepi...^_^

Ucapan pertama yang saya peroleh pada jam 12.02 a.m, 03 Ogos 2011


happy beday Fredaus Johari GugauFredaus Johari Gugau...napa dua account ko ni?? hehe..moga panjang umur n murah rezeki yer... =)

Siap tag lagi dua2 akaun FB saya (baru dorg sedar sy ni rupanya ada 2 akaun yang guna nama yang sama hehe)


hapi bufday prett..nt kt bebuka posa sama2 kio

Kawan baik yang boleh dikira satu kapla hehe


welcome to the club...selamat ulang tahun kelahiran fred..jangan eskep2 posa..haha

Senior yang sudah berjaya menamatkan pengajian dan sudah dipostingkan. Giliran saya menanti di tahun hadapan...



Aeideiy El-maliky Sie-jomlo happy bdy moga tambah baek ,,,, jdi anak yq berbak =ti

Rakan FB dari Kalimantan, Indonesia. Thanks buddy!!

happy bufday fred...hahaha...pnjam hp bha...

Sanggup temankan saya pusing2 Lowyat cari handfon Experia Play hehe...


wt kali kdua..hapy bday mejamate dr sem 1 pp..haha

Rakan sekelas merangkap kawan duduk sebelah meja dari dulu sampai sekarang hehe


Happy birthday Pret. birthday terakhir di kent

Sememangnya yang terakhir. Tahun depan sambut di sekolah pedalaman (T_T)


twet..twet..satu mesejan sampai..huhuhu..Selamat Hari Lahir. Semoga Panjang Umur, Murah Rezeki Dan Sihat Selalu amin~!

Yeah permesejan diterima hehe


‎.•*¨`*•. .•*¨`*•. .•*¨`*•. .•*¨`*•.
Wishing You the HAPPIEST Of Birthdays!!!
•*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•
. . . •*¨`*•.¸(¯`v´¯)¸.•´*¨`*• . . .
..................... •.¸.•´ .......................

Yang ni sudah pasti memberi kebingungan kepadanya sebab...

Fredaus Johari Gugau tengkiu hehe tengah happy la ni hehe


Lupa pula dia ni orang putih hehe. Manalah dia paham bahasa Melayu...


happy befday fred.. mga mendapat kebahagiaan dan dipermudahkan perjalanan hidup diiringi keredhaan Allah.. Amin.. Salam ramadhan dan slamat berinternship.. hehehe.. =P

Junior yang paling saya rasa rajin n sentiasa optimis. Saya selalu rangsang dia wakil rumah sukan dan join  acara olahraga 800M dan dia menerima tanpa berfikir panjang hehe. Ko bulih tu Akma!!




Fredaus Johari Gugau happy belated bday~~~~ yes!! femes ka sa nie klu lambat wish ah?
Sa mau tidur , tapi macam x mau. so daripada wall ko sunyi, ada baiknya sa wish ko hepi bday dlu. nant ko nangis pula. hahaha . btw, nant sahur sa kasi bangun ko lagi. hahaaha...

Haha. Ni dua orang rakan sekelas yang... entahlah saya pun tidak tau apa hehe...


Terima kasih semua yang bagi ucapan. Terima kasih juga saya ucapkan kepada kawan-kawan yang menyanyikan lagu "birthday" kepada saya semasa sibuk mencari juadah untuk berbuka puasa di baazar Ramadhan. Tidak terkecuali juga kepada murid-murid yang mengucapkan "Hepi belated befday cigu!" semasa berada di sekolah keesokan harinya. Terima kasih juga kepada anda kerana sanggup untuk baca post mengarut ini hehe...

Hepi befday juga saya ucapkan kepada sepupu saya, Hafzan yang lahir sama tarikh dan tahun dengan saya. Tua suda kita ni kazen hehe...


P/s: Birthday party yang tiada kek, tiada hadiah dan tiada reben2 belon2. Juadah cuma nasi campur (nasi+chicken backside+terung goreng) dengan air cendol. Di malamnya Tarawih di Masjid Besar Tuaran. Bestnya birthday party ku hehe (Tidak pernah sambut pun sebelum ni...)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...