Sebelum ni, tak pernah terlintas dalam pikiran pun nak tahu pasal hiburan2 yg made in Korea Selatan. Nama selebriti2nya tak brapa hafal, drama, filem, lagu2 hits nya dsb. Drama Korea setakat ni yang berjaya dilayan dari awal hingga tamat "Successful Story of a Bright Girl" lakonan Jang Nara (layan drama ni di tv3 tym masih sekolah menengah suatu ketika dahulu). Drama2 yang lain (Full House, ntah apa lagi) layan sampai episod 2 – 3 sahaja. Tak larat nak habiskan hingga ke episod yang terakhir…
Itu baru drama. Lagu-lagu terutamanya yg beralirkan Kpop kurang melekat di telinga.Walaupun tune lagunya catchy n mampu membuatku riang ria (n sedih) mendengarnya, namun liriknya yang sepatah haram tidak difahami menyebabkan ianya sukar untuk kuterima. Mungkin umurku yang menghalang aku untuk meminati benda2 Kpop ni (24 tahun hehe). Tapi tidak ku nafikan pengaruh lagu Kpop ni terlalu kuat shingga bebudak sekolah rendah pun x mo layan lagu kanak-kanak lagi...
Kisah Benar aku bersama bebudak kesayanganku Tahun 2 di SK XXX…
Peroto : Murid-murid, ingat lagi lagu "Ais Kacang" yang cgu ajar kamu minggu lalu?
Bebudak : Ingat... (Menjawab dengan nada yg mendatar)
Peroto : Ok, kita cuba nyanyi lagi lagu tu. Cgu akan ajar kamu lagu baru lagi lepas ni ya
Bebudak 1 : Cgu, kita nyanyi lagu 4 minutes ah cgu...
Peroto : 4 minutes? Macam mana kamu tau lagu Madonna ni?
Bebudak 1 : Eeee cgu ni. Cgu tida tau ka lagu 4 minutes?
Bebudak 2 : Yang Korea bah cgu. Ada c Jihun, Soyun, Gayu… (Ntah nama apa juga diorang sebut ni)
Bebudak 3 : Tida siuk dorg tu cgu. Kita nyanyi lagu Wondergirls la yang nobody nobody tu cgu…
Cheitt, Kpop rupanya. Murid-muridku yang tercinta lagi pakar dari aku…
Peroto : Kamu ni, itu pula kamu tau ah…
Bebudak 3 : I want nobody, nobody but you… (diikuti tepukan beritma oleh bebudak lain…)
Pendek kata, aku ni noob dalam hal2 Korea ni hehe...
Ok, apa yang ingin ku sharekan di sini ialah mengenai Max 247, salah satu kumpulan artis yang memperjuangkan aliran pop di persada hiburan tanah air kita. Kumpulan ni boleh dikatakan amat dikenali oleh seantaro rakyat Malaysia (yang minat lagu2 Kpop). Asal buka internet n taip Max 247 di Google, sudah pasti akan keluar banyak cerita-cerita mengenai kumpulan. Cerita2 yang memberi kritikan membina n tidak kurang jua yang mengutuk habis-habisan (Bleh tengok sendiri, tanya Mr Google).
Satu persoalan yang bermain di minda yang tidak mencapah ini, kenapa grup ni tidak boleh diterima seperti mana grup2 lain contohnya O.N.E, Ruffedge (grup ni masi aktif ker?) ataupun grup otai KRU? Tak perlu jawab sebab aku memang tahu jawapannya (Banyak jawapannya di internet hehe).
Tak apa Max 247. Apa jua yang kita buat walaupun ianya terbaik dari pihak kita sudah tentu ada baik buruknya (Off topic – sehebat mana pun aku dalam mengawal Hero Aiushta the Enchantress tetap x buleh lawan hero adikku namun aku masih mampu berjaya menjadi sidekick grupku yang gemilang). Every cloud has a silver lining. Akan ada manfaat yang boleh diperoleh pada setiap perkara sukar yang kamu sedang tempuhi.
Aku pernah jadikan Max 247 sebagai topik perbualan dengan murid-murid tahap 2 pada waktu rehat di bulan puasa ini. Bebudak ni mana buleh pergi ke kantin. Jadi lebih baik aku bawa diorang bbincang mengenai perkara yang menarik minat diorang
Soalan
Tahu Max 247?
- Tau bah cgu. Yang ikut2 Kpop tu kan cgu…
- Eee dorg ni **** ****… (Cubit mulut budak tu sebelum dia meneruskan lagi kata2nya)
- Yang gaya dorang begini2 ka tu cgu? (Buat gaya Action Kamen Shin Chan)
- …Ntah apa tu cgu?
Apa yang kamu nampak baik pada kumpulan ni?
- …Ntah cgu…
Apa yang kamu nampak tidak baik pada kumpulan ni?
- G783qg2hfkjnfou39rflefj4uou4890ulsnldksgmds… (Semua jawapan boleh dicari sendiri di internet)
Apa nilai yang kamu boleh peroleh daripada kumpulan ni?
(Bebudak pkir kejap. Terpaksa bagi contoh baru diorang dapat idea jawapan)
- Kerjasama dalam pasukan
- Terus berusaha walaupun banyak dugaan
- Sentiasa meningkatkan kualiti diri
- Mengakui kesalahan diri
- Tetap kiutt… (Jawapan bebudak perempuan hehe)
- Dan lain-lain
Lepas tu aku suruh diorang buat kesimpulan hasil perbincangan tapi tak sempat sebab diorang suma dipanggil oleh ustazah berkumpul di surau sekolah hehe…
Terus trang aku suda mula layan lagu2 Kpop selepas aku mengenali Max 247. Kiranya itulah antara kebaikan yang aku peroleh dari grup ni hehe. Aku sudah mampu membezakan mana satu grup Big Bang, SuJu, Wonder Girls dll. Ini juga memberiku pngtahuan mengenai grup2 pop di negara lain sperti SM*SH, NSG Star, Hitz d Indonesia. Aku juga sudah mempunyai idea lagu2 yg perlu aku download d intrnet slain dari artis kgemaran ku. Semuanya bermula dari Max 247 yang boleh ku katakan menimbulkan satu fenomena di arena hiburan tanahair hehe…
Ini kiranya pandangan aku terhadap Max 247 n jua grup2 pop Malaysia yang lain. Sekian terima kasih…
p/s : Tetap minat Lady G walaupun dia ni suka buat kontroversi hehehe...
5 comments:
x pernah layan Kpop lagi..best ka ?
seriously tak best hehe...
hahaha..lucu ow..budak2 pom tau yg 24:7 tu @^#&$**(^% *oke bulan posa x elok berkata2 yg x baik..huhu
budak2 yg pminat kpop n rajin masuk internet ja yg tau hehe. yg len tkebil2...
saya pom xtau 2 nama2 k-pop 2..amboi..maju btol budk2 skung nie
Post a Comment