Apa yg sy tulis ni kdang2 pndai serius, pndai dtang buduh, pndai mengopy n share dri tmpat len n so on. Kadang2 datang rajin update entry, kadang2 dtang malas smpai berbulan2 x lawat ni blog. Bntuk pnulisan pun kdang2 pndai skema, kdang2 pndai... ntah, kdang2 blur... (x pham uda apa sa tulis). Apa2 pun, buatla blog ni cam rumah sendri yer hehe...


Hi U all. Folo la sa...

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA TERHADAP KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia turut memberi kesan kepada sistem pendidikan. Ini memberikan cabaran kepada guru dalam usaha untuk memberikan pendidikan yang seimbang kepada murid tanpa mengira latar belakang dan kaum. Selain itu, implikasi ini turut memberi kesan kepada murid, sekolah malah kepada kurikulum tersirat. Oleh itu, semua pihak harus mengetahui peranan mereka dalam implikasi tersebut.

GURU
Kesan daripada kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia memberikan cabaran kepada guru untuk memastikan kaedah PnP yang digunakannya dapat diterima oleh semua murid. Ini dapat dijalankan sekiranya guru menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional dalam pekerjaannya.
Guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masing-masing dengan cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain. Contohnya, guru akan memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Ini akan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama sendiri secara terbuka seterusnya mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan terbentuk dan ini dapat membantu guru untuk mengawal persekitaran bilik darjah dengan berkesan.
Selain daripada itu, guru juga perlu sentiasa membantu murid untuk memahami diri sendiri dalam membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai. Murid dibimbing untuk memahami kekuatan pada diri sendiri yang boleh digunakan untuk membantu murid lain. Ini dapat membuatkan murid tersebut rasa dihargai dan akan sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukannya. Hubungan rapo dapat dijalinkan di antara guru dengan murid. Guru juga perlu membantu murid membina konsep positif kendiri serta memberi tunjuk ajar bagi meningkatkan prestasi murid samada dari segi akademik dan sebagainya.
Guru juga perlu menunjukkan teladan yang baik di hadapan murid-murid. Contohnya guru datang awal ke bilik darjah, sentiasa bersikap adil dan sentiasa berdisiplin dalam apa jua hal. Perkara ini akan meningkatkan rasa hormat murid terhadap guru dan menjadikan guru sebagai idola mereka. Hubungan guru dengan murid akan erat dan ini akan meningkatkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran mereka.
Seterusnya, guru bertanggungjawab untuk membina persefahaman di antara setiap murid yang berlainan latar belakang. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan bagi menghalang mana-mana aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, mengejek dan menghina di antara satu sama lain dan sebagainya. Guru perlu menerangkan kepada murid mengenai perlunya menghormati kepercayaan setiap kaum dan isu-isu sensitif yang tidak harus dipertikaikan. Oleh itu, aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama perlu dirancang dengan teliti bagi menaburkan persefahaman di antara setiap murid.
Guru juga perlu memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti PnP perlulah dipastikan tidak mempunyai unsur bias kepada mana-mana murid bagi memberi peluang kepada setiap murid untuk menerokai aktiviti pembelajaran. Guru perlu menggunakan bahasa standard kebangsaan yang boleh diterima oleh semua lapisan murid dan bukannya menggunakan dialek bahasa yang sedikit sebanyak memberikan impak terhadap pembelajaran. Penggunaan bahasa yang standard memberi peluang kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam PnP.
Kemajuan dan kelemahan setiap murid perlu dicatat dan diambil tindakan dengan cara membuat penambahbaikan terhadap mutu PnP selain daripada membimbing murid untuk mempertingkatkan prestasi tanpa membezakan di antara satu sama lain. Guru boleh meminta pandangan murid-murid mengenai masalah pembelajaran yang mereka hadapi dan aktiviti-aktiviti yang ingin mereka lakukan secara bersama-sama.
Guru perlu sentiasa memikirkan kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan. Selain daripada itu, guru juga perlu mengetahui dan memahami bidang kerjayanya dan bijak dalam mengendalikan anak-anak muridnya. Dalam memastikan perancangan yang dilakukan selaras dengan kepelbagaian sosiobudaya masyarakat, guru perlu sentiasa meningkatkan kualiti, kemahiran, keupayaan diri dan sebagainya bagi memastikan kejayaan tersebut.


MURID
Murid secara bersama-sama dalam satu kumpulan besar akan sentiasa mengikut aktiviti PnP yang berlangsung dalam bilik darjah. Perbezaan di antara satu sama lain seringkali mendesak guru untuk memastikan aktiviti PnP yang dirancang dapat dilakukan dengan betul dan tepat. Mahu tidak mahu, murid perlu meneruskan pembelajaran mereka bersama-sama selaras dengan kepelbagaian sosio-budaya masyarakat.
Murid harus bersosial di antara satu sama lain dalam melakukan aktiviti bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai. Ini dapat direalisasikan sekiranya murid dapat membuang sikap prejudis terhadap latar belakang murid lain dan berinteraksi di antara satu sama lain. Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti oleh setiap murid perlu dihormati bagi memastikan proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Sikap hormat menghormati di antara satu sama lain berupaya untuk menyemai semangat saling percaya mempercayai di dalam jiwa murid dan secara tidak langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan seterusnya membentuk individu yang toleran ke arah pemacu pembangunan negara.
Murid juga perlu mengamalkan penggunaan bahasa yang standard dan mengelakkan unsur-unsur dialek mengikut kaum. Murid perlu berusaha untuk menggunakan bahasa yang betul dalam interaksi dengan individu lain. Penggunaan dan pengamalan bahasa standard akan menambahkan tahap penguasaan bahasa murid selain daripada mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Guru juga perlu bertanggungjawab dalam mengingatkan murid dan memperbetulkan bahasa murid agar tidak melarat hingga ke dewasa
Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang di kalangan murid. Interaksi yang berterusan di antara murid akan menimbulkan rasa sayang, hormat dan sebagainya di antara satu sama lain. Guru juga boleh menggunakan pendekatan penyayang dalam komunikasi, bercakap dengan lembut dan sopan, menegur kesilapan murid dengan cara yang berhemah dan sebagainya. Ini akan ditiru dan digunapakai oleh murid dalam komunikasinya dengan orang lain. Ini dapat menjana suasana PnP yang lebih dinamik dan cara pembentukan akhlak dan penerapan kemahiran dapat dilakukan dengan mudah dan berkesan.
Guru perlu memastikan budaya bilik darjah dibentuk bagi menarik minat murid supaya berusaha untuk mengembangkan potensi diri ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti. Dorongan dan bimbingan guru dan rakan sebaya perlu bagi mendisiplinkan diri untuk memberi peluang kepada diri sendiri untuk berusaha.
Murid perlu sentiasa untuk berusaha demi mempertingkatkan keupayaan diri sendiri di samping menjaga perhubungan dengan murid lain yang mempunyai latar belakang yang berbeza selaras dengan kepelbagaian sosio-budaya masyarakat setempat.

SEKOLAH
Sistem pendidikan Negara mempunyai pelbagai pilihan jenis sekolah yang boleh diikuti oleh murid. Kepelbagaian sosio-budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah kebangsaan untuk semua kaum, sekolah jenis Cina dan Tamil. Oleh itu, aktiviti-aktiviti di sekolah dirancang dengan teliti bagi mengatasi kepelbagaian sosio-budaya ini.
Sekolah merupakan ruang untuk guru menerapkan keparcayaang dan nilai dalam masyarakat. Oleh itu, murid perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira latar sosio-budaya mereka. Murdi juga haruslah sentiasa diingatkan agar sentiasa mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Selain daripada meningkatkan pengetahuan murid, hubungan di antara setiap murid dapat dijalinkan melalui aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.
Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membina perhubungan tersebut selain daripada sekolah/ Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu aktiviti yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan perpaduan dipupuk di kalangan murid tanpa mengira latar belakang, agama, kaum, jantina dan sebagainya. Pihak-pihak berwajib boleh menyumbangkan sokongan samada dalam bentuk moral ataupun material bagi mengembangkan lagi pengetahuan dan perpaduan di kalangan murid.
Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid disekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila murid-murid yang berlainan latar belakang dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu masa hadapan akan lahir satu generasi yang hormat dan bertoleransi di antara satu sama lain. Oleh itu, penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum perlu dipupuk sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah karana ia akan lebih memudahkan mereka untuk menghadapi masyarakat di masa akan datang.

KURIKULUM TERSIRAT
Kurikulum merujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan. Kurikulum tersirat pula merujuk kepada norma, nilai dan kepercayaan yang disebarkan melalui pendidikan formal dan interaksi di sekolah.
Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud di kalangan warga sekolah. Budaya akademik di sekolah boleh dikatakan sebagai kurikulum tersirat. Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalaui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan sebagainya.
Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah. Ianya dijalankan secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik guru, guru mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapo di antara warga sekolah dan sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di dalam persekitaran sekolah akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna terhadap amalan hidup murid.
Namun demikian, sesetengah kurikulum tersirat kadang-kadang mempunyai konotasi negatif kerana nilai-nilai yang disebarkan mungkin menjurus kepada hal-hal seperti menyokong perbezaan kelas di mana murid dibahagikan kelas mengikut tahap kepandaian, kaum dan jantina dan ini akan menjurus kepada pengagihan modal pendidikan secara tidak sekata. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan dan memberikan perhatian kepada kurikulum tersirat sewajarnya supaya bersifat positif ke arah membina keadilan sosial berlandaskan kepada kepelbagaian sosio-budaya masyarakat setempat

Jumpa assignment saya yang dulu2. Saya post di sini manatau berguna untuk orang lain juga nanti. Ubahsuai ya, jangan copy paste 100%. Kurang isi juga ni jadi tambah la apa yang patut. Jangan lupa letak blog ni dalam bibliografi ya haha. Sambil tu. komen juga la. Ucap tengkiu pun cukup la hehehe (mengada2 la pula)

11 comments:

Fatin Amalina said...

tengkiu....mmg b'guna tuk asgmnt ni..

Peroto_Jr said...

hehe ur welcome. stelah post ni diview lbih dri 1500, akhirnya ada juga yg sudi komen hehe tq...

adik comel said...

abang! tQ ya!
walaupun belum start sem, tapi orang dah start kumpul nota.
thanks!

P/s; moga dimurahkan rezeki selalu. amin

=)

Anis Nurshafira said...

; Thanks, sbb membantu .. ini pon tlg utk tutorial :) Thnks lg ^^

oren cheng said...

hai, Peroto_Jr senior, boleh saya tanta tak di mana assignment kamu tentang implikasi sosiobudaya ini?? saya mahu lihat sebagai rujukan dan menyiapkan kkbi sya..

oren cheng said...

hai...di mana boleh saya mendapat assignemnt yang kamu cakap itu??

oren cheng said...

hai..boleh saya tanya di mana boleh saya dapat assignment itu??

Peroto_Jr said...

kpd adek oren cheng,

assgment sy sudah hilang bbrapa bulan yg lalu dsbbkn faktor keuzuran xtrnal harddisk tmpt pnyimpann suma fail2 akademik sy...


(lama x buka blog ni...)

Anonymous said...

why can't i copy? i need these for exam~~l0l

ana_marissa said...

gamakaseh x terhingga ats nota ini. mohon izin utk mengambilnya sebagai rujukan.

Anonymous said...

tq yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...