Apa yg sy tulis ni kdang2 pndai serius, pndai dtang buduh, pndai mengopy n share dri tmpat len n so on. Kadang2 datang rajin update entry, kadang2 dtang malas smpai berbulan2 x lawat ni blog. Bntuk pnulisan pun kdang2 pndai skema, kdang2 pndai... ntah, kdang2 blur... (x pham uda apa sa tulis). Apa2 pun, buatla blog ni cam rumah sendri yer hehe...


Hi U all. Folo la sa...

Proses menulis karangan

Proses penulisan adalah elemen yang penting dalam memahirkan seseorang murid dalam menguasai kemahiran menulis. Oleh itu, murid perlu mengetahui proses tersebut untuk mencapai hasil penulisan yang baik.

Proses penulisan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas penulisan. Sebelum penulisan dimulakan, murid akan memilih topik penulisan. Contohnya murid tersebut ingin menulis mengenai pengalamannya membela seekor kucing, oleh itu dia memilih tajuk karangannya iaitu “Kisah seekor kucing”. Murid tersebut akan mencari maklumat mengenai karangan yang ingin dihasilkan dengan membuat bacaan mengenai bahan yang berkaitan dengan topik sambil mengaitkan pengalamannya sendiri.

Murid tersebut juga akan memikirkan idea dan isi penting serta perturutan isi tersebut di dalam karangan yang akan ditulisnya nanti. Contohnya, dia ingin memasukkan maklumat mengenai pengalamannya menemui seekor anak kucing lalu menjaganya sehingga besar. Oleh itu, dia perlu memastikan turutan isi yang difikirkannya itu sesuai dengan topik utamanya iaitu mengenai belaannya itu. Di samping itu, turutan isi yang ingin ditulisnya juga perlu dipastikan saling berkaitan di antara satu sama lain.

Seterusnya, murid tersebut perlu menulis draf terlebih dahulu mengenai idea-idea yang difikirkan perlu dalam karangannnya itu. Ini bagi mengelakkannya daripada terlupa isi-isi penting yang ingin dimasukkannya serta turutannya yang membentuk cerita dalam karangannya. Selepas itu, murid membaca draf tersebut bagi memastikan kesesuaian penyusunan ideanya bagi membentuk satu karangan yang lengkap. Murid tersebut boleh mendapatkan maklum balas daripada orang lain, samada guru mahupun rakannya mengenai hasil penulisannya. Ini akan membantunya memperbetulkan mana-mana bahagian yang dirasakan perlu diperbetulkan di samping memperkembangkan lagi penceritaannya dengan cadangan yang diperoleh daripada individu lain.

Murid akan mula menulis semula karangannya berdasarkan kepada penyemakan semula draf dan maklum balas serta sumbangsaran yang diterimanya daripada individu lain. Murid perlu menekankan pemilihan perkataan, tatabahasa, frasa dan sebagainya di dalam karangannya bagi memastikan ideanya dapat disampaikan kepada pembaca. Karangannya juga dipastikan tidak menyimpang daripada topik utamanya iaitu mengenai pengalamannya menjaga haiwan belaannya.

Setelah siap karangannya, murid perlu menyemaknya semula bagi memastikan tidak ada sebarang isi yang tertinggal. Dia juga perlu memastikan karangan mengenai kucing peliharaanya mudah difahami oleh pembaca. Setelah selesai membuat editan terakhir, maka siaplah sudah karangannya mengenai “Kisah seekor kucing”. Tamat, hehehe...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...