Beberapa minggu lagi maka genaplah setahun saya berkecimpung dalam arena memblog ni. Walaupun minat dan komitmen dalam blog ni cuma suam2 kuku ja, tapi saya tetap impress dengan pencapaian saya kerana berjaya mengekalkan blog ni dalam diari hidup saya (buka internet mesti sekurang2nya masuk sekali untuk tengo2 apa yang patut). Jika dibandingkan dengan blog2 lain, blog saya ini belum boleh dikategorikan dalam list yang hebat2. Sapa yang masuk di sini saya kira sebagai 'fuluk' ja sebab tiada apa2 entry yang menarik pun untuk dibaca di sini. Apa2 pun, segala yang saya post setakat ini ikhlas saya sharekan untuk semua yang berjaya mencari blog ini huhu. Terima kasih saya ucapkan kepada 10 orang followers saya yang sanggup memfollow blog saya yang tidak seberapa ini (bow). Saya amat terharu sebab ada juga yang sanggup menekan butang follow untuk mengikuti perkembangan blog saya ini...
Ok, tutup perenggan yang merepek. Sebelum ini ada Mr Anonymous pernah menghantar emel kepada saya mengenai blog ini. Sudah semestinya isi emel itu bukannya pujian n juga bukannya juga nistaan. Teguran terhadap estail blog saya ini yang terlalu 'annoying' dan tidak ada perubahan n macam mau amek kepala n sekeh berkali2. Takpa, itu dulu lah. Laras bahasa penulisan saya telah tukar dari bahasa alien yg tidak difahami (bahasa pasar Sabah) kepada bentuk sekarang (bahasa Melayu yang ditebalik tunggang). Layout blog pun saya sudah tukar n tidak mempunyai apa2 hasrat untuk menukarnya dalam masa yang panjang. Ntah apa lagi yang saya perlu ubah. Tapi ini yang saya telah lakukan beberapa bulan yang lalu n saya rasa saya perlu melakukannya sekali lagi. HUH, HUH, HUH usaha usaha usaha!! Apa yang perlu saya ubah ya...
Bila saya buat analisis viewers terhadap entry2 yang saya post sebelum ini, saya dapati post yang banyak diview ialah post2 akademik berbanding dengan post2 non-akademik yang lain. JADI, biarlah saya buat banyak post2 akademik lepas ni... (blur x tau apa lagi mo sambung lepas ni)
Nanti saya ubah apa yang patut la... (sibuk dengan tugasan. Sakit kepala...)
2 comments:
alala..blog sa pun cikai ja..
suka2 ja blogging bha..hehe..
bha..nt sdh idea jan lupa kasi baca sa r..hehe~
Follow aku balik ba hihi
Ni link aku
http://adf.ly/YINd
klik “skip ad” sblh kanan atas slps 5 saat ah hihi tq
Post a Comment