Apa yg sy tulis ni kdang2 pndai serius, pndai dtang buduh, pndai mengopy n share dri tmpat len n so on. Kadang2 datang rajin update entry, kadang2 dtang malas smpai berbulan2 x lawat ni blog. Bntuk pnulisan pun kdang2 pndai skema, kdang2 pndai... ntah, kdang2 blur... (x pham uda apa sa tulis). Apa2 pun, buatla blog ni cam rumah sendri yer hehe...


Hi U all. Folo la sa...

KAUNSELING KELOMPOK


            Kaunseling kelompok merupakan salah satu intervensi kaunseling yang biasa dilaksanakan oleh kaunselor. Kaunseling kelompok ialah proses kaunseling yang dijalankan antara kaunselor dengan beberapa orang klien dalam masa yang sama. Setiap klien sambil dipimpin oleh kaunselor akan menilai diri sendiri dan situasi masing-masing dalam usaha menukar sikap dan tingkah laku. Kaunseling kelompok boleh menjadi satu proses penggerak untuk memperbaiki kelakuan klien yang terlibat. 

MATLAMAT KAUNSELING KELOMPOK
Hubungan mesra di antara setiap peserta adalah diperlukan bagi mencapai matlamat program intervensi ini. perhubungan yang berbentuk terbuka memberi peluang kepada setiap peserta untuk menilai diri dan menerima penilaian daripada peserta lain. Suasana ini menggalakkan kaunseling kelompok untuk mencapai matlamatnya iaitu :
1.    Membina sifat empati di dalam diri
2.    Menolong setiap peserta memahami diri sendiri
3.    Membina kepekaan kepada keperluan orang lain
4.    Membina kemahiran berhubung di antara setiap peserta
5.    Peserta dapat menerima diri sendiri dan menerima diri peserta lain
6.    Membina semangat dan kewibawaan menghadapi  sebarang risiko
7. Meningkatkan kebolehan peserta mengenalpasti masalah yang dihadapi, membuat keputusan dan mencapai tujuan hidup

INDIVIDU YANG MEMERLUKAN KAUNSELING KELOMPOK
1.    Individu yang perlu berkongsi sesuatu dengan orang lain
2.    Individu yang perlu mempelajari kepelbagaian sifat manusia
3.    Individu yang perlu mempelajari bagaimana menghormati orang lain
4.    Individu yang memerlukan sokongan rakan sebaya yang lebih bererti
5.    Individu yang boleh berbincang tentang kebimbangan yang dihadapinya
6.    Individu yang perlu mempelajari kemahiran sosial seperti kemahiran berhubung 

Banyak kebaikan yang diperoleh dalam perlaksanaan kaunseling kelompok ini terutamanya dalam aspek mempertinggikan kemahiran berhubung melalui interaksi dalam kumpulan. Melalui kerjasama dalam kumpulan akan timbul perasaan hormat-menghormati di antara satu sama lain. Suasana kaunseling kelompok yang tidak membezakan taraf setiap peserta memberikan hak kepada mereka untuk menyumbangkan pendapat semasa sesi kaunseling dijalankan. 

Struktur kaunseling yang membenarkan kebebasan bersuara dan demokratik memberi peluang kepada peserta untuk memilih peranannya dalam hidup. Peluang yang diberikan ini memberi penghargaan kepada setiap peserta. Tidak ada tekanan yang dibuat untuk peserta menukar kelakuan secara paksaan. Melalui keanggotaan dalam kumpulan ini akan memberi banyak kesan dalam pekembangan diri peserta. Sebahagian daripada keperluan psikologikal disediakan, seperti rasa diterima, bebas menyuarakan perasaan samada positif mahupun negatif, bebas memberi sokongan pada peserta lain dan sebagainya.

Satu nilai dalam kaunseling kelompok ialah peserta tidak disekat untuk menunjukkan gelagat diri yang sebenar. Peserta bebas untuk bersuara atau atau berdiam diri sahaja. Nilai terapi yang menyeluruh ialah apabila setiap peserta menjadi terapis dalam usaha menolong di antara satu sama lain.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...