Apa yg sy tulis ni kdang2 pndai serius, pndai dtang buduh, pndai mengopy n share dri tmpat len n so on. Kadang2 datang rajin update entry, kadang2 dtang malas smpai berbulan2 x lawat ni blog. Bntuk pnulisan pun kdang2 pndai skema, kdang2 pndai... ntah, kdang2 blur... (x pham uda apa sa tulis). Apa2 pun, buatla blog ni cam rumah sendri yer hehe...


Hi U all. Folo la sa...

Showing posts with label Akademik skett.... Show all posts
Showing posts with label Akademik skett.... Show all posts

KAUNSELING KELOMPOK


            Kaunseling kelompok merupakan salah satu intervensi kaunseling yang biasa dilaksanakan oleh kaunselor. Kaunseling kelompok ialah proses kaunseling yang dijalankan antara kaunselor dengan beberapa orang klien dalam masa yang sama. Setiap klien sambil dipimpin oleh kaunselor akan menilai diri sendiri dan situasi masing-masing dalam usaha menukar sikap dan tingkah laku. Kaunseling kelompok boleh menjadi satu proses penggerak untuk memperbaiki kelakuan klien yang terlibat. 

MATLAMAT KAUNSELING KELOMPOK
Hubungan mesra di antara setiap peserta adalah diperlukan bagi mencapai matlamat program intervensi ini. perhubungan yang berbentuk terbuka memberi peluang kepada setiap peserta untuk menilai diri dan menerima penilaian daripada peserta lain. Suasana ini menggalakkan kaunseling kelompok untuk mencapai matlamatnya iaitu :
1.    Membina sifat empati di dalam diri
2.    Menolong setiap peserta memahami diri sendiri
3.    Membina kepekaan kepada keperluan orang lain
4.    Membina kemahiran berhubung di antara setiap peserta
5.    Peserta dapat menerima diri sendiri dan menerima diri peserta lain
6.    Membina semangat dan kewibawaan menghadapi  sebarang risiko
7. Meningkatkan kebolehan peserta mengenalpasti masalah yang dihadapi, membuat keputusan dan mencapai tujuan hidup

INDIVIDU YANG MEMERLUKAN KAUNSELING KELOMPOK
1.    Individu yang perlu berkongsi sesuatu dengan orang lain
2.    Individu yang perlu mempelajari kepelbagaian sifat manusia
3.    Individu yang perlu mempelajari bagaimana menghormati orang lain
4.    Individu yang memerlukan sokongan rakan sebaya yang lebih bererti
5.    Individu yang boleh berbincang tentang kebimbangan yang dihadapinya
6.    Individu yang perlu mempelajari kemahiran sosial seperti kemahiran berhubung 

Banyak kebaikan yang diperoleh dalam perlaksanaan kaunseling kelompok ini terutamanya dalam aspek mempertinggikan kemahiran berhubung melalui interaksi dalam kumpulan. Melalui kerjasama dalam kumpulan akan timbul perasaan hormat-menghormati di antara satu sama lain. Suasana kaunseling kelompok yang tidak membezakan taraf setiap peserta memberikan hak kepada mereka untuk menyumbangkan pendapat semasa sesi kaunseling dijalankan. 

Struktur kaunseling yang membenarkan kebebasan bersuara dan demokratik memberi peluang kepada peserta untuk memilih peranannya dalam hidup. Peluang yang diberikan ini memberi penghargaan kepada setiap peserta. Tidak ada tekanan yang dibuat untuk peserta menukar kelakuan secara paksaan. Melalui keanggotaan dalam kumpulan ini akan memberi banyak kesan dalam pekembangan diri peserta. Sebahagian daripada keperluan psikologikal disediakan, seperti rasa diterima, bebas menyuarakan perasaan samada positif mahupun negatif, bebas memberi sokongan pada peserta lain dan sebagainya.

Satu nilai dalam kaunseling kelompok ialah peserta tidak disekat untuk menunjukkan gelagat diri yang sebenar. Peserta bebas untuk bersuara atau atau berdiam diri sahaja. Nilai terapi yang menyeluruh ialah apabila setiap peserta menjadi terapis dalam usaha menolong di antara satu sama lain.

KEMAHIRAN INTERVENSI KAUNSELING


            Kaunseling adalah satu perhubungan yang dicirikan oleh keyakinan, saling mempercayai dan kemesraan yang membolahkan klien memperoleh kestabilan dalam menyelesaikan masalah dengan bantuan kaunselor. Intervensi yang berasaskan pendekatan kaunseling merupakan tindakan yang dilakukan oleh kaunselor dalam membina program bimbingan dan kaunseling yang lebih komprehensif. Bentuk intervensi kaunseling yang dijalankan juga perlulah sesuai dengan jenis permasalahan yang dihadapi oleh klien bagi meningkatkan keberkesanan program kaunseling yang dijalankan.

            Berikut merupakan jadual rancangan program intervensi kaunseling yang boleh dijalankan oleh kaunselor sepanjang minggu.
INTERVENSI KAUNSELOR
TUGAS UMUM DAN KES
PERUNTUKAN MASA (JAM)
PERKHIDMATAN SECARA LANGSUNG
Kaunseling Individu
4 – 6 kes, termasuk kes utama atau bertemu dengan klien tidak kurang daripada 2 kali seminggu
2 – 6
Kaunseling Kelompok Kecil
4 – 5 kelompok, sebaik-baiknya bertemu 2 kali seminggu
4 – 10
Kaunseling Kelompok Besar
2 – 3 kelompok besar, biasanya bertemu sekali atau dua kali seminggu
2 – 3
PERKHIDMATAN SECARA TIDAK LANGSUNG
Program Pembimbing Rakan Sebaya dan Projek
Jurulatih / Penyelaras program PRS dan / atau projek
1 – 5
Konsultasi
Kelompok – Guru atau ibubapa bertemu (30 minit seminar atau persidangan)
Individu – Guru atau ibubapa (lebih kurang 30 minit)
Tidak tetap


1 – 2
Penyelarasan Perkhidmatan Bimbingan
Tugas bimbingan lain yang berkaitan (orientasi, maklumat kerjaya, penempatan pendidikan)
Tidak tetap

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Bimbingan kaunseling adalah satu proses membimbing dan membantu seseorang individu memahami diri sendiri dan dunia di sekelilingnya serta mampu membuat keputusan sendiri. Ianya dilakukan secara profesional berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor dalam membantu kliennya mengikut kod etika kaunselor yang perlu dipatuhi.
             Usaha-usaha berterusan akan dilakukan oleh kaunselor dalam membantu klien menunjukkan tiingkah laku yang mendorong kepada penyelesaian masalah yang dihadapi. Perhubungan di antara kaunselor dengan klian biasanya dijalankan secara person-to-person. Bentuk hubungan ini mampu membina medium yang membantu klien memahami dan menyatakan pandangan mereka tentang kehidupannya. Ini secara tidak langsung dapat memudahkan kaunselor untuk memahami klien seterusnya mengetahui punca permasalahan yang dihadapinya.
            Proses bimbingan  dan kaunseling ini akan memberi celik akal kepada klien dalam menentukan pembentukan matlamat dan nilai hidup bagi membantu dalam menentukan tindakan yang wajar diambilnya. Selain daripada menyelesaikan masalah yang dihadapi, bimbingan dan kaunseling membantu klien untuk memahami dirinya yang sebenar; sifat diri, kelebihan dan kekurangan, dan sebagainya. 

Secara ringkasnya bimbingan dan kaunseling merangkumi :
  • Pertolongan yang professional daripada seorang kaunselor yang terlatih
  • Perhubungan dan interaksi dua hala di antara kaunselor dan klien
  • Pembelajaran semula
  • Memahami diri dan persekitaran ke arah perubahan tingkah laku yang positif




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...