Apa yg sy tulis ni kdang2 pndai serius, pndai dtang buduh, pndai mengopy n share dri tmpat len n so on. Kadang2 datang rajin update entry, kadang2 dtang malas smpai berbulan2 x lawat ni blog. Bntuk pnulisan pun kdang2 pndai skema, kdang2 pndai... ntah, kdang2 blur... (x pham uda apa sa tulis). Apa2 pun, buatla blog ni cam rumah sendri yer hehe...


Hi U all. Folo la sa...

PENGUJIAN DAN PENGUKURAN PnP BAHASA MELAYU


PENGUJIAN
            Pengujian digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran murid. Proses pengujian biasanya berbentuk satu set instrumen bersama prosedur yang sistematik yang digunakan untuk mengukur tingkah laku atau perubahan murid. Set instrumen tersebut boleh dikatakan sebagai alat pengukuran yang digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai pencapaian murid.
            Perlaksanaan pengujian selepas satu atau beberapa topik pelajaran yang diajar dapat  mengukur pencapaian seseorang murid dalam pembelajarannya. Keputusan pengujian tersebut boleh digunakan oleh guru sebagai panduan dalam membahagikan murid mengikut kumpulan yang sesuai berdasarkan kepada tahap kefahamannya terhadap pengajaran. Contohnya, murid yang lemah dalam pembelajaran dapat dikenalpasti melalui keputusan pengujian yang guru berikan dan seterusnya mereka boleh diletakkan dalam satu kumpulan bagi memudahkan guru untuk memberikan pemulihan terhadap mereka.
            Selain itu, perlaksanaan pengujian di akhir PnP boleh menggalakkan murid untuk mengulangkaji pelajarannya. Pengujian yang diberikan membuatkan murid untuk menumpukan perhatian terhadap pembelajaran untuk bersedia melaksanakan ujian. Murid juga dapat mengetahui tahap kefahamannya terhadap pembelajaran melalui keputusan ujian tersebut seterusnya akan berusaha bersungguh-sungguh seperti mengulangkaji bagi memastikan keputusan pengujian pada masa akan datang akan lebih baik daripada sebelumnya.
            Pengujian yang dilaksanakan dengan cara pemerhatian, ujian bertulis atau ujian lisan melatih murid sebagai persediaan untuk persediaan awam yang akan datang. Bentuk pengujian yang disediakan oleh guru dapat mempersediakan diri murid dalam mengulangkaji pelajaran dan juga panduan menjawab soalan yang dapat memberikan murid pengalaman mengebai bentuk soalan peperiksaan kelak. Oleh itu, guru perlulah kreatif dalam membina sebarang bahan ujian yang membantu murid menguji kefahaman mereka terhadap pembelajaran yang telah mereka lalui. Contohnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca murid. Pengalaman menjawab ujian kloz ini boleh digunakan oleh murid untuk ujian pada masa akan datang.
            Bahan pengujian yang dibentuk oleh guru dalam PnP Bahasa Melayu perlulah menguji sesuatu yang berkaitan dengan bahasa. Misalnya, guru membina satu ujian imlak bagi menguji kemahiran mendengar murid. Namun begitu, guru perlulah memastikan bahan pengujian tersebut sesuai dengan perkara yang diuji dengan tahap kefahaman murid berdasarkan kepada pembelajaran. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman murid tahun 5 dengan bahan bacaan murid untuk tahun 1, sudah tentu ujian tersebut tidak memberi mencabar tahap kefahaman murid dan sukar untuk memperoleh keputusan pengujian yang diinginkan. Begitu juga dengan sebaliknya.
            Prosedur melakukan pengujian dalam memerhatikan perlakuan atau tingkah laku murid boleh dijalankan dalam dua bentuk samada menggunakan bantuan skala bernombor atau sistem yang berkategori. Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan.
            Peringkat proses pengujian dimulakan dengan fasa persediaan di mana guru menyediakan bahan ujian. Item ujian seharusnya berkaitan dengan perkara yang telah dipelajari sebelum itu. Oleh itu, jadual spesifikasi ujian (JSU) digunakan sebagai panduan dalam membina item soalan. Namun begitu, guru pada masa sekarang kurang menitikberatkan penggunaan JSU dalam pembinaan bahan pengujian. Hal ini disebabkan kerana lambakan buku kerja di pasaran dan guru mengambil jalan mudah menyalin semula bulat-bulat dan menjadikannya sebagai bahan pengujian tanpa mengambil kira kesesuaiannya dengan murid.

PENGUKURAN
            Pengukuran adalah suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik di mana murid mempunyai suatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu. Proses pengukuran dilakukan secara kuantitatif dengan cara penyelidikan ataupun pemerhatian yang digunakan untuk menentukan sejauh mana murid memiliki dan menguasai prestasi atau ciri-ciri tertentu. Contoh bahan pengujian seperti soal selidik, senarai semak, inventori, skala dan sebagainya diukur terhad kepada huraian secara kuantitatif sahaja.
            Pengukuran digunakan dalam membuat perbandingan dan kedudukan di antara murid dalam penguasaan setelah tamat sesuatu pembelajaran. Guru membuat pengiraan markah selepas sahaja pengujian dijalankan dan menggunakan hasil pengukuran tersebut dalam penempatan murid dalam kategori yang sesuai dengan kemampuan murid selain daripada panduan guru untuk memberi ganjaran kepada mana-mana murid yang memberi gred yang memuaskan.
Pengukuran bertujuan untuk menentukan tahap pencapaian dan kedudukan di antara setiap murid. Hasil pengukuran akan digunakan untuk mengelaskan murid mengikut tahap keupayaan atau jurusan kurikulum yang sesuai. Murid yang sudah menguasai sesuatu pembelajaran akan dikumpulkan dan mereka akan meneruskan pembelajaran. Murid yang lemah berdasarkan kepada keputusan pengukuran akan melalui fasa pemulihan sebelum beralih ke pembelajaran seterusnya. Guru juga dapat membuat analisis dan rumusan mengenai tahap penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaran berdasarkan kepada keputusan pengukuran. Ini adalah penting untuk rekod murid sebagai tahap pencapaian akademik dalam peringkat sekolah.
            Pengukuran tidak bersifat mutlak. Contohnya, ujian objektif Bahasa Melayu boleh diukur dengan mengira jumlah jawapan yang betul berbanding dengan ujian subjektif yang lebih sukar diukur secara tepat. Namun begitu, murid yang memperoleh skor tinggi dalam ujian tidak boleh dianggap lebih tahu daripada murid lain. Misalnya, murid yang mendapat skor 90 tidak semestinya mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45. Selain itu, murid yang mendapat skor 0 juga tidak boleh dianggap sebagai tidak menerima sebarang input daripada guru. Pengukuran untuk aspek-aspek tertentu tidak dapat memberikan petunjuk yang tepat maka ia tidak bersifat mutlak. Oleh itu, pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan.
            Namun begitu, terdapat sesetengah individu suka membuat perbandingan keputusan di antara murid. Ibubapa contohnya, mereka akan membandingkan keputusan anak mereka dengan murid lain dan menganggap anak mereka sudah cukup bagus berdasarkan kepada skornya yang lebih tinggi daripada murid lain. Begitu juga dengan guru yang terus mengasingkan murid yang mendapat skor yang rendah ke kumpulan yang lemah dengan memutuskan murid itu tidak menerima pembelajaran yang diajar memerlukan pemulihan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...