Apa yg sy tulis ni kdang2 pndai serius, pndai dtang buduh, pndai mengopy n share dri tmpat len n so on. Kadang2 datang rajin update entry, kadang2 dtang malas smpai berbulan2 x lawat ni blog. Bntuk pnulisan pun kdang2 pndai skema, kdang2 pndai... ntah, kdang2 blur... (x pham uda apa sa tulis). Apa2 pun, buatla blog ni cam rumah sendri yer hehe...


Hi U all. Folo la sa...

PERANCANGAN UJIAN KECERGASAN

Ujian kecergasan adalah kaedah yang digunakan untuk menguji tahap kecergasan individu. Bentuk bateri ujian adalah berdasarkan kepada aspek-aspek yang terdapat dalam komponen kecergasan. Untuk melakukan ujian-ujian tersebut, ianya mesti dilakukan mengikut protokol dan prosedur yang betul. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, kebolehan murid, peralatan yang digunakan dan lokasi perlaksanaan ujian. Dengan mengambil kira perkara-perkara tersebut, ujian kecergasan yang diuji baru boleh dijadikan sebagai bahan rujukan yang menunjukkan tahap kecergasan seseorang.
Proses untuk melaksanakan ujian memerlukan strategi pelaksanaan yang sistematik. Oleh itu, perancangan yang teliti perlu dilakukan bagi memastikan ujian mencapai objektifnya dan berjalan dengan jayanya.
Pemilihan instrumen kecergasan yang perlu diuji dimulakan dengan mengenalpasti kriteria ujian yang terbaik. Saya memilih ujian kecergasan berdasarkan :
1.      Bersifat realistik dan munasabah
2.      Mudah untuk dilakukan
3.      Ekonomik
4.      Relevan dalam pelbagai aktiviti sukan, permainan dan pertandingan

Ujian yang dipilih berdasarkan kepada kemahiran sukan yang sama dengan situasi permainan sebenar selain daripada memastikan ianya dapat mengukur kualiti kecergasan. Saya juga pastikan tidak ada sebarang perkaitan di antara setiap ujian bagi mengelakkan daripada melakukan pengujian yang mempunyai komponen kecergasan yang sama. Bagi memastikan perjalanan ujian seimbang untuk semua subjek, korelasi di antara setiap ujian juga dipastikan tidak rapat. Ini dapat menjimatkan masa dan memberi keadilan kepada semua subjek di mana subjek yang lemah mampu untuk melaksanakannya.
Selain daripada itu, ujian yang dipilih juga seiring dengan kesesuaian dan kebolehan subjek. Ini akan dapat menarik minat subjek untuk meneruskan ujian dan sentiasa gembara kerana mereka memahami tujuan mereka melaksanakan ujian. Saya juga memastikan setiap ujian mempunyai indikator yang spesifik dalam menentukan kekuatan dan kelemahan subjek dalam melaksanakan ujian. Indikator yang spesifik dapat membantu dalam menilai tahap keupayaan subjek seterusnya dapat membezakan di antara setiap subjek yang mempunyai tahap kecergasan yang berbeza.
Akhir sekali, saya memastikan prosedur ujian mudah difahami dan membantu saya sebagai penguji dan subjek semasa melaksanakan ujian. Sebarang arahan dan pemberian skor dipastikan jelas dan tepat.
Selain daripada penumpuan terhadap pembinaan bateri ujian, saya juga melakukan perkara-perkara berikut:
1.      Menyediakan kawasan operasi berdasarkan kepada organisasi ujian
2.      Berhubung dengan subjek mengenai ujian yang dilakukan dan sentiasa memberikan maklumat berkaitan dari semasa ke semasa sebelum ujian dimulakan
3.      Bekerjasama dengan rakan lain untuk saling bantu menbantu dalam melaksanakan ujian
4.      Menubuhkan jawatankuasa pengurusan perlaksanaan ujian dalam memastikan perlaksanaan ujian berjalan dengan lancar

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...