Apa yg sy tulis ni kdang2 pndai serius, pndai dtang buduh, pndai mengopy n share dri tmpat len n so on. Kadang2 datang rajin update entry, kadang2 dtang malas smpai berbulan2 x lawat ni blog. Bntuk pnulisan pun kdang2 pndai skema, kdang2 pndai... ntah, kdang2 blur... (x pham uda apa sa tulis). Apa2 pun, buatla blog ni cam rumah sendri yer hehe...


Hi U all. Folo la sa...

PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Perubahan bersifat unik dan kompleks. Pola kelakuan atau status sedia ada yang telah stabil melalui fasa penukaran kepada satu pola kelakuan dan status stabil yang lain bila tiba masanya. Apa sahaja bentuk perubahan yang berlaku akan mempengaruhi dan memberi kesan terhadap sistem-sistem yang telah sedia ada. Dalam pendidikan, perubahan ialah salah satu fakta yang wujud dengan tuntutan pelbagai faktor yang menekan untuk melakukan perubahan.

Pendidikan mengalami perubahan sejajar dengan perubahan sistem-sistem lain seperti politik, ekonomi dan budaya. Tuntutan Wawasan 2020 secara tidak langsung mendorong kepada perubahan sistem pendidikan dalam memastikan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan bersedia untuk mewarisi alaf baru pada masa akan datang. Oleh itu, perubahan pendidikan adalah perlu bagi memastikan ianya berfungsi pada landasannya bagi menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.

Perubahan yang dilakukan perlulah dirancang dengan rapi dan teliti dan mengambil kira impak yang berlaku sama ada dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa yang panjang. Kajian-kajian perlu dilakukan bagi mengenalpasti perkara yang perlu diubah yang boleh memenuhi keperluan. Bagi mengelakkan sebarang tafsiran yang tidak betul terhadap perubahan tersebut, matlamatnya perlu dijelaskan dengan terang dan betul.

Seiiring dengan perubahan yang berlaku dalam pendidikan, warga pendidik perlu sentiasa bersedia untuk bersama-sama melakukan perubahan. Pihak sekolah perlu melakukan refleksi, menilai semula kekuatan dan kelemahan di atas segala perkara yang telah dilakukan sebelum ini dan bertindak dalam merangka semula tindakan baharu selaras dengan perubahan yang telah didasarkan oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan juga perlu bertindak dalam menghantar sumber-sumber yang diperlukan seperti barangan dan perkhidmatan teknikal kepada pihak sekolah bagi membantu dalam melaksanakan tindakan baharu yang telah dirancangkan.

Mengurus sesuatu perubahan adalah sukar kerana sifatnya yang terlalu muktamad. Oleh yang demikian, sesuatu perubahan yang hendak dilaksanakan perlu dipertimbangkan dan diurus dengan sebaik-baiknya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...