Apa yg sy tulis ni kdang2 pndai serius, pndai dtang buduh, pndai mengopy n share dri tmpat len n so on. Kadang2 datang rajin update entry, kadang2 dtang malas smpai berbulan2 x lawat ni blog. Bntuk pnulisan pun kdang2 pndai skema, kdang2 pndai... ntah, kdang2 blur... (x pham uda apa sa tulis). Apa2 pun, buatla blog ni cam rumah sendri yer hehe...


Hi U all. Folo la sa...

Sa diganggu scara seksual!!!




Gangguan seksual a.k.a sexual harassment ni sama ja cam membuli tp lebih bsifat seksual. Best mangkali ni gangguan seksual smpai ada d mana2 ja. Tidak tkecuali jua d skol, yg biasanya kna kc rasiahkan utk mnjaga imej skol (Cuma tkluar d media klau btul2 teruk uda)

Tukang ganggu a.k.a harasser
Sepa2 ja; pelanggan, kwan, cigu, pljar, ibubapa jua bleh kali, strangers.
Biasanya dorang ni x sedar prlakuan dorang ni mngganggu orang (sbb kesiukan kali)
Kdang2 jua apa yg dorang buat tu sbnarnya teda unsur utk harass pun tp mngsa tlampau sensitif sma pa yg dorg buat

Mangsa
Orang yg rasa tganggu dgan apa yg tukang ganggu buat sma dia. Lau yg buat muka rileks or suka pula kna buat camtu itu x bleh kna ckap mangsa gangguan seksual.
Mangsa akan trauma lpas kna kacau.
Mangsa tidak kira lelaki ka prempuan ka, budak lg or tua uda. Sepa yg dganggu scra seksual, kira jd mangsa la tu.
Bulih lapor p polis ni jua sbb suda lnggar undang2



STAIL MENGGANGGU
(bleh aplikasikan ni hehe)

Ganggu guna kuasa (power player)
Bos ganggu dia punya pkerja n ugut akan buang krja or putung gaji kalau tida pndai bagi kerjasama. Lau ok, kna naik pangkat, kna approve suma projek dll (hebat bos camni)

Tripp jadi kaunselor
Tukang ganggu ni kunun2 cuba mo bkin hubungan sosial dgan target dorang (biasa jd adek angkat la n so on) n pura2 ambil kisah psal peribadi dia. Dlam diam, dia palan2 p menguasa n amek timing bila mo ngap. Ni sa slalu jumpa d mana2. Tripp baik kunun mo p kawan sma org len padahal ada udang d sbalik batue...

geng vs saturang
Ni gangbang ni. 1 grup p mncabul, p mnilai fzikal, p menengo dgn pndangan yg bnafsu. Ni pun besa ada jua d mana2. 1 prmpuan limpas, trus geng2 yg melepak d siring jalan berkata, “Pewitt, cewek. Mo kuar sma kami ka? Uii nah, montok bah dia...” smbil diiringi gelak ketawa riang kwan2

Tukang ganggu bersiri (jenis profesional punya)
Ni urang akan buat strategi utk gnggu mangsa dgn cara mrancang pendekatan yg sistematik, mhampiri scara brhati2, mnyerang scara peribadi smpai mangsa tpaksa tunduk dgn kehendak dia. Lpas suda puas, p lg cari target baru...

Tukang raba@ ramas (groper)
Kalau ada kesempatan, mata dorang akan mnjalankan tugas meneliti n tgan mula tgatal2 mo p mngmbara p pigang2. Biasa ni slalu di LRT or d bas yg sesak. D tmpat bnyak urang n so on. Smpat lg p meramas2.
p/s : Teringin mo buat ni masa p tingu konsert nyanyian. P cari peluang p pigang2 apa yg patut haha (gila punya pikiran)

Ambil kesempatan d waktu kesempitan
Bila masa ada peluang yg jarang berlaku, d sana jua la aktvti mngganggu mula menyinari diri tanpa disedari. Ctoh, bos suru bgabung urus projek syarikat dgn ssorang yg d minati slama ini. Nah, ada peluang yg tidak mungkin akan dlepaskan. D sana la masa mo p goda2. Mybe (ini sa punya imaginasi saja ah, jan marah wahai cik2 nurse) klau ada pesakit yg cantik/ kacak/ kiut, manatau ada yg nurse kesukaan p meraba2 kunun2 menjalankan tugas (skali lg sori bebanyak, jan tumbuk sa). Ni jua biasa jadi d skola. Cigu yang gatal akan mngambil pluang mo raba2 pljar masa ajar bab seksualiti d mata plajaran Sains. Sa pun prnah jua ba raba pljar tyme buat ujian komposisi badan. Apa boleh buat, tpaksa pigang dorang punya pinggang utk mo cari ukur lilit, trpaksa picit perut utk buat ujian kaliper. Sa terpaksa buat walaupun responden sa cuma budak2 tahun 4!! (langsung teda feel, budak2 lagi suma)

Membuli
Syarat2 membuli perlu ada bentuk fizikal n raut wajah yg boleh mengancam nyawa orang. Nah, d sini la kurniaan Tuhan ini dsalahguna utk membuli d samping mngganggu seksual dgan cara mngguna alasan utk mo kacau sperti cemburu, perkauman, ktidakpuashatian semata2 untuk mnutup agenda dorang.
p/s : Teringat certa Glee episod 6, c Kurt slalu kena ganggu c Karofsky dgn ganasnya n secara tiba2 Karofsky p cium c Kurt!! Adakah gangguan fzikal slama ini adalah agenda Karofsky utk mendekati Kurt? Nantikan episod seterusnya... (baru ja tengo episod 7 tadi. X sabar mo tunggu ep 8)

Ini ja yg sa tau setakat ini. Klau ada sepa2 tau ktegori2 len, bleh share2 la d cni ah. Maklumat lanjut? Meh la lawat2 d cni. Sa uda p lawat tadi pagi... 


Certa pendek kna kcau cigu yg gatal...
Pasang strategi n dkat mangsa scra prlahan2
Nah, pigang pantat ko hahaha...
Uikk, apa yg mramas2 tu?
Kitaii punya cigu! Mngambil ksmpatan btul!!



P/s : Entri ini teda kaitan sma sepa2. Tajuk tu pun sa cipta2 ja. Sepa la yg mo ganggu sa ni hehehe...

Harry Potter Ke-7 (part 1)


Teruja owh bila tengo filem kedua terakhir dlm saga Harry Potter, n filem kali ini cam agak lain dari filem sblum ini. Teda penumpuan certa d Hogwarts mlainkan prjalanan 3 orang kwan baik ni mncari ssuatu...

Wlaupun dlam pnggung tadi bising dgn ketidakpuasan hati sbb x paham dgn certa (d samping sound effect dri pilaks2 d blkang tmpat duduk mngkritik guna bhsa yg teda dfahami), tapi ini x mnggugat smngat sa utk mneruskan tontonan sa dgn filem kesukaan sa ini. X kisah la klau orang cakap x sokong filem Malaysia ka, ni filem agen2 perosak agama la, konspirasi Illuminati la, yg penting buku2 Harry Potter ni la yg tlah bnyak mngajar sa. Masih teringat lgi zman d mana sa terkial2 mmbaca buku prtamanya (awal 2001, form 3) sbb x pham pun term2 yg kena guna d samping pnggabungjalinan budaya eropah d dalam certa yg mnambahkan lgi kekusutan d minda huhu. Last2 paham jua certa bila tengo muvie 1st dia hehe...

Berbalik smula kpd filem Harry Potter yg latest ini. Dari sgi pnceritaan, sa nmpak cam susah btul mo kc konvert dari buku p muvie. Tu la kali tu smpai trpaksa buat 2 episod utk buku terakhir dia. Jujurnya memang cam hambar ja, tp secara brperingkat2 cerita dia brkmbang n brkmbang n apa yg sa baca slama ini (bacala last buku dia, Deathly Hallows) dpat sa imaginasikan semula mlalui muvie ini. Best!

Plot certa dia tidak trikat lg psal aktiviti d Hogwart. Dorg 3 urang bergeng jd musafir mngmbra ke serata pelusuk eropah. Walaupun bleh la kna ckap hambar, tp skurang2nya pnmpilan muvie ni brvariasi, baru brbanding dri certa stereotaip Hp sblum ni.

Harry, Hermione, Ron mngmbara ke serata eropah mncari pedang Gryfindor smntara dorg geng2 yg lain bprang sma Death eaters (c Hedwig mati, sa sedih). C Voldemort a.k.a You –Know–Who makin hebat pula smpai dpt tawan Ministry of Magic. Jd secara tidak langsung, suma dunia sihir trmasuk Hogwarts pun dalam genggaman beliau (sindri p tengo utk maklumat lanjut)

Strategi dorang utk bagi dua tu certa sa rasa memang ngam la sbb ada bnyak babak dalam buku tu x kna buang. Sblum ni, dorg suka btul kasi compress certa dia n buang mana2 scene dlm buku (brabis sa tunggu babak Cupid mengganas tyme Valentine Day tapi teda jua). Tp msalahnya cam tmbah bingung lg pula sa tengo. Sama jua insiden Lord of the Ring, hmpir suma babak dlm buku kna kc masuk smpai tu certa jd cam novel uda (ntah teda kaitan pula analogi sa ni). Ksian pula sa tengo kwan sa yg teda pham lngsung bila tengo ni wayang sbb bnyak certa2 kecil yg teda ada dlm filem sblum ini, tp tiba2 ada dlm filem latest ini. Untung juga sa baca suma buku J K Rowling ni, ada juga paham2 ckit. Adegan kawin d awal2 filem tiba2 cam trputus pula cam tu saja. Karakter2 len pun kejap ja dorang punya adegan, teda ruang pun utk prkmbangan watak dorang (inda smpai 5 minit pun dorang punya muka kuar siann)...

Walau apa pun, sa tetap x sabar mo tunggu episod terakhir Harry Potter. Go go Harry Potter, kasi kalah Edward Cullen!!







Bila la sa dpat kumpul suma buku ni. Ada buku prtama ja, yg len pinjam d lebry. Sepa mo tolong kasi beli utk sa...


P/s: Klau kna bg peluang tngo wayang free antara wyang Harry Potter n 2 Alam, sa suka lg p tngo HPotter hehe

Download Video Luna Maya?


Klik sini

Sila komen kepuashatian anda...

Mengedit gmbar yg bida

Sblum...
 Slpas...

 Slpas...

 Slpas...

Slpas...

Slpas...

Slpas...

Trading card...
Blog punya header. Sepa mo guna, copy ja hehe (minta puji)

Saja testing2 edit gmbar. Jan tekanan tngu muka sa ja suma hehe...

Kredit kepada Nunul sbb gmbar sa punya muka dalam keadaan gembira...

(Ntah x tau apa motif mo post ni gmbar...)

TUJUH MITOS TUJUH PENIPUAN

Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.
Contoh mitos : Raja di katakan jelmaan tuhan. Ini adalah mitos bertujuan untuk membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah lepas satu – satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.
Contoh mitos : Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut maka kita akan mencari perlindungan. Peranan untuk melindungi kita dari hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.
Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi di dalam gua ini ada hantu – adalah nasehat yang bersalurkan penakutan. Nasehat ini baik kerana cuba menjaga keselamatan. Ianya juga tidak baik kerana asasnya satu pembohongan.
Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka. Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.
Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal Tuhan maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk – walhal kalau Raja Jepun ini makan petai – kencing dia tetap haring. Kalau Prince Charles tercirit baunya tetap busuk.
Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca dari tiga sumber. Pertama : Pengumpulan pengalaman. Kedua: Kaji selidik. Ketiga : Ujian dalam bilik makmal.
Mitos ini akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada ianya mitos atau fakta. Jika sesuatu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau slah maka ianya masih di tahap teori. Satu ketika dahulu Letupan Besar/ Big Bang hanya satu teori – hari ini telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat dibuktikan teori ini.
Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari satu zaman ke satu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.
Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..

MITOS PERTAMA:
Hari Malaysia bukan pada 16 September tetapi 31 Ogos. BOHONG. Sabah , Serawak, Singapura dan Pesekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.
MITOS KE DUA :
Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !
MITOS KE TIGA :
Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Angkatan Wanita Sedar, Hizbul Muslimin, Peta, Malayan Democratic Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.
MITOS KE EMPAT :
Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857). Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi – Radio Republik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.
MITOS KE LIMA :
Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan puteh adalah motif Nusantara – merah darah rakyat – puteh hati rakyat. Motif Nusantara ini wujud dalam bendera Singapura dan Indonesia.

MITOS KE ENAM :
Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpaduan Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.
Mitos perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan kerena gerombolan ini.
MITOS KE TUJUH:
Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.
Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagaian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

TEKNOLOJI PECAHKAN MITOS
Lihatlah betapa teknoloji dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.
Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagu ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemerdekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokumen-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melalui internet.
Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknoloji akan membebaskan manusia dari diperangkap dan dibelenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional. (TT)

A Fatihah Memali



Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.
Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar di kalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan di antara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.
Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.
Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya di kalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.
Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri ketika nyawa diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang menghantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.
Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa di hadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat di dalam operasi ini termasuklah di kalangan mereka yang bukan beragama Islam.
Antara watak utama di belakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim.PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.
Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri di kalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.
Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumpahan darah orang ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.
Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan di kalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang di kalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan. Di kalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur.” Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.
Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri di kalangan orang tua, kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberanian melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh. Parang panjang yang sering digunakan di kebun untuk tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjang menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.
Pihak keselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan water cannon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pengsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil tersebut menjadi mangsa, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan serangan balas. Parang di tangan digenggam dan terus berlari ke arah anggota polis. Subhanallah. Belum sempat parangnya singgah ke tubuh anggota polis tersebut, sebutir peluru terus menembusinya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut.
Jerit pekik penduduk semakin kuat apabila serangan bertalu-talu dari kereta perisai polis dilakukan. Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional. Rumah Ust. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuh ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Di atas ribaan isterinya, beliau menghembuskan nafas.
Menjelang waktu Zohor, hujan renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus menghadapi rakyat yang serba kekurangan. Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia. Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam trak-trak polis. Di dalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani para syuhada’. Ada penduduk kampung yang tercedera disepak terajang. Semua penduduk kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke balai. Yang cedera dibawa ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian.
Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah perbalahan di antara pihak berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Penduduk mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid. Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama di bawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak.
Sehingga hari ini, kes ini yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Kes yang masih berada di dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin. Beliau memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali untuk menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan sebagainya selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang anggota keselamatan. Hari ini, hampir 25 tahun tragedi Memali yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan beberapa anggota polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah.
Bahkan seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi di mahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini telah menghadap Allah s.w.t.
Selepas kejadian tersebut, setiap tahun PAS mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga ada sahaja anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada PAS, kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas kesilapan mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih dan terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini , akhirnya atas nasihat dari pimpinan, sambutan yang berjalan beberapa tahun tersebut dihentikan. Wallahua’lam.
Al-Fatihah Untuk Para Syuhada’ Memali…

1000 hits d pagi Raya!!!


Slamat Hari Raya Haji!!! Meh p smbayang raya...

Randy Pangalila

Suri gmbar kici. Mlas mo cari gmbar dia

Noh Wan Syah
Sama muka kali. Sa pun teda tau hehe. mybe lau dia ni kc bulk up body dia mybe bleh iras2 Encek Randy uda la... Sepa mo add p la Mohd Noh Wan Syah








...Napa pula sa tiba2 mo promot FB urang ni...

Randy punya pasal

Cam kbiasaan sa p mnjalar dlm FB mncari2 apa yg prlu dcari. Buka sana, buka sini, menyebuk d wall orang len n scara tiba2 sa nmpak 1 profile pic yg mnarik hati. Ni urang cam satu daerah jua sma sa, skolah sma sat p d masa yg brlainan (dia tym zmn skrang n sa d zman lampau). Waa ada ka pula org Tambunan camni? Inda prnah nmpak pun, muka cam artis owh…
Trus tnpa sgan silu sa mo menyebok dia punya FB nmun malangya tda boleh view slagi bukan kwan. Trus sa copy nma dia n search klau ada yg terlink2 sma dia dlm mana2 kwsan. Trus sa tngo mutual frens dia n ada lbih kurang 30 lebih2 jua la mutual fren dia sma sa. Aik, kira bnyak jua nit p knapa sa lngsung teda tau sepa ni urang. Misi mncari dteruskan…
Scara tida sngja sa tnmpaklah gmbar2 yg d tag atas nama dia n truss a gmbira mncari mana muka dia yg len. Mlangnya dia Cuma blinding d sebalik tabir. Tida apa bnyak lgi gmbar2. Smbil memview2 gmbar sa p jua la kunun baca komen2 d sana. Trus sa tblur bila tngo ada lg satu akaun yg guna gmbar yg sama. Aik?? Dgn spantas kilat sa p buka dia punya profile n sa brnasib baik sa boleh view dia punya wall. Sa tkan older posts dia mntau ada apa2 brita n sad pat la status dia brbunyi “ni sa punya” (ntah, gini kali tu ayat dia tu. Lupa uda).
Sa tkan snarai2 komen n nmpak tu komen orang yg cari slama ini sdang btngkar dgn dia, dgn gmbar yg sama, dgn mksud komen yg sama (sa punya la, manada sa punya). Sa trus down rupanya tu bukan gmbar dia. Huh, kin pnat ja mo p search sana sini mcam orang gila uda tngo2 bukan pula gmbar dia haissh…
Jadi siapa tu orang?

Prsoalan ni trjawab tadi bila sa tiba2 tegatal mo search pasal “Cinta Kirana” sbb kwan2 slalu certa benda2 sinetron ini (sa x mnat tngo drama). Tengo punya tengo…

Randy Pangalila, hero Cinta Kirana

…Syiall…
Ini ka pula tu gmbar yg dorang guna? Napa sa ni tlmpau bungu smpai x tdak tau kisah2 artis2 skrang? Chett…










Daniel Radcliffe (Harry Potter) mngaku x kenal Justin Bieber. Jd kira kes sa ni cam kes dia la ni hehehe

WASABERs

Stlah lama memblogging (mood pndai pasang surut) akhirnya sa p join WASABERs. Malu pula bila tngo suma blog2 yg len sumanya maju jaya, brbanding dgn blog ku ini yg bagaikan haisshh...(refer balik d cni). Nda apa, mnatau kmasukan sa k dlm grup ini akan mengubah segala2 nya (haha). Kpd abang2 n kakak2 seguru, sila beri tunjuk ajar!! (tunduk hormat)



Hmmm, blum ada nama sa d cni poster (padahal baru masuk pun)

Legend of Oedipus



Nanti sa certa. Mo studi dulu. Exam suda karang hehe (smpat lg berblogging)

All the world's a stage

"All the world's a stage,
And all the men and women merely players;
They have their exits and their entrances;
And one man in his time plays many parts,
His acts being seven ages. At first the infant,
Mewling and puking in the nurse's arms;
And then the whining school-boy, with his satchel
And shining morning face, creeping like snail
Unwillingly to school. And then the lover,
Sighing like furnace, with a woeful ballad
Made to his mistress' eyebrow. Then a soldier,
Full of strange oaths, and bearded like the pard,
Jealous in honour, sudden and quick in quarrel,
Seeking the bubble reputation
Even in the cannon's mouth. And then the justice,
In fair round belly with good capon lin'd,
With eyes severe and beard of formal cut,
Full of wise saws and modern instances;
And so he plays his part. The sixth age shifts
Into the lean and slipper'd pantaloon,
With spectacles on nose and pouch on side;
His youthful hose, well sav'd, a world too wide
For his shrunk shank; and his big manly voice,
Turning again toward childish treble, pipes
And whistles in his sound. Last scene of all,
That ends this strange eventful history,
Is second childishness and mere oblivion;
Sans teeth, sans eyes, sans taste, sans everything."


"All the world's a stage" adalah kalimat2 yg mmulakan karya c William Shakespeare "As u like it". yg kna baca scara monolog (klau dbawa p pmntasan teater la). Sa suka bila dia sntuh psal 7 usia khdupan mnusia (sa d tahap mana suda ni skrang); infant, schoolboy, lover, soldier, justice, pantaloon (ntah apa bnda ni. Org tua pervert kali), n lastly kmbali smula ke infant (suma ni pusingan kna waris p another infant, kta punya baka la kunun). Best, trus sa tringat balik common prumpamaan; Hidup ni bgaikan roda, skjap d atas, skjap d bwah. Habis 1 pusingan (ni sa tmbah2 uda), mula lg 1 pusingan yg baru samada dari hidup kita, hidup waris kita, or hidup generasi yg akan datang (nah melalut p planet Nameck uda)

Hayatilah poem ini. Sungguh mnyntuh perasaan d sanubari ini huhuhu

Cat n Dog



Wut a day haha...

Piracy is bagus. Sokongla piracy...


Yeah bebeh...

Naruhina

Wut hav u done, Naruto!!??

Another JB

Sa dalam dunia blog…


Uii kira lama jua la prjalanan sa dlm arena memblog ni. Mula2 guna wordpress (blog juga kaitu?) n ada jua buat blog2 baru yg len. Ada jua tgatal2 tgn testing2 ning.com dan sbagainya. Namun begitu, sumanya kecundang d tengah jalan. Adakah sbb sa buat psal mo ikut2 ja orang len, mo tunjuk pemes, or ada udang d sebalik batue (ntah). Stelah lama berpikiran n menengo hasil2 yg sa bkin bgaikan cendawan tumbuh lpas ujan tp hujan d tngah hari, akhirnya sa memutuskan utk tida lg mo buat bnda2 lagha (sori) ni. Im always thinking adakah orang mo baca all the craps n bnda yg d copy paste kmbali yg sa post suma ni? Lalu sa pun berpuasa ka kunun d arena memblogging ni…

Stelah bertahun2 kmudian (pdahal baru limpas bbrapa minggu) terdetik kmbali d hati ini ingin membikin semula blog baru. YAA, itu dia kelahiran smula smngat sa bgaikan burung phoenix yg mati tp btelur smula. Trus gatal lg tangan mo mencoba testing try kin blog. Ni kali msti kc kuatkan smngat n kraskan taik. Tidak kira ada viewers ka tida, ada followers ka tida, yg pnting sa mo bkin jua. Stlah smngat itu djalinkan (sbb kbusanan melanda teramat sekali) akhirnya PEROTO JR kembali berkumandang ke udara muaaahahahahahha (ktawa setan).
Namun sa bgaikan raja yg duduk d takhta hasil titik peluh tp krajaan d dalam telaga ja. Kdang2 ja urang p menengo p amek air n berlalu pergi. Klau dorg ada paip tida lg kna guna servis sa. Naaa, prasan yg sa lalui sblum ini kini melanda sa kembali. Rajin mengepost, Nampak ja apa2 artikel yg best trus p post tp sama jua teda yg menyinggah huhuhu. Tida apa, sa pkir balik matlamat n objektif asal pmbikinan blog ini; …



…ntah lupa suda. Biarlah sa puas hati bkin blog n update stiap masa. Ni ja cara sa mo sntiasa stay dgan internet. Lau tida, sori la internet, anda kehilangan salah satu pelanggan anda suda (bagus kalau ada effect).
Tahniah sa ucapkan kepada sa d atas kekuatan diri sa utk mneruskan prjuangan d arena memblogging ini. Tida kira ada viewers ka, hebat trafik ka, ada komens2 ka, yg penting sa buat yg terbaik utk diri sa. Go go u can do it!!




Meninggi diri secara berseorangan lalu merasa tersinggung tanpa disedari pun hehe…

Kpd die hard fan Justin Bibir, loe amek la ni hahaha








 Eh tmasuk pula Gmbar Edwar Cullen d cni. X apa...














No offence. Sori naik loriii...


Kredit kpd suma yg rajin mengedit haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...