Melihat keadaan banjir yang melanda beberapa buah negeri serta negara di Malaysia serta Asean termasuk Thailang, Kemboja serta Vietnam, serta kedatangan tsunami di Pulau Mentawai Indonesia, diikuti letusan debu serta lavar Gunung Merapi di Pulau Jawa Indonesia teringat akan aku beberapa hadith Rasulullah saw tentang sebahagian tanda2 akan berlaku qiamat.
Mentawai selepas diserang Tsunami pada 27 Oktober 2010..~
Mangsa2 tsunami di Mentawai dikumpulkan..~
Tinggal tapak rumah sahaja..~
Padi yang mereka tanam semuanya sudah habis musnah (sebahagian besarnya). Kalau anda tidak percaya cuba cari berita banjir di Tahiland dan Kemboja. Kebanyakan kawasan banjir adalah kawasan sawah padi.
Mangsa letusan Gunung Merapi di Indonesia..~
Hanya debu yang memenuhi muka bumi..~
Kalau lembu itu masih hidup lagi pun dah tiada rumput untuk dimakan..~
Keadaan dalam rumah orang kaya berhampiran Gunung Merapi di Pulau Jawa Indonesia..~
Di Malaysia sendiri kita sudah tidak hairan dengan maksiat. Gejala orang Islam minum arak, berjudi, meminta tukang jampi memberi pulih penyakit dan kekayaan sudah terlalu banyak. Zaman ini segala kejahatan kaum2 yang telah lampau dihimpunkan. Gejala seks sesama jenis (Kaum Luth) sudah berleluassa di Malaysia. Gejala membunuh anak lelaki (kaum Firaun) dan membunuh anak perempuan (kaum jahiliah) sudah berkumpol disini. Kita masih menunggu bencana yang akan datang.
Ingat kita berada ditengah2 segala bencana sekarang. Bila bencana tersebut sampai kita tidak dapat menangkisnya. Diwaktu itu kekayaan serta kedudukan tidak berguna. Batang tubuh kita akan dibayar dengan cuma seketul ubi keledek bakar atau dua tongkol jagong rebus.
Hidup menanggung seksa dalam kelaparan kerana tiada apa2 lagi untuk dimakan..~
Oleh yang demikian sebelum datang waktu bencana tersebut marilah sama2 kita berusaha menanam apa sahaja tanaman yang boleh dimakan. Jangan kita mengharap kedai atau pasaraya menyediakan makanan untuk kita sebab pasaraya juga boleh tenggelam dalam banjir besar. Lihatlah dosa manusia semakin banyak. Kejahatan manusia semakin merebak. Manusia Islam sendiri yang menerima rasuah, menggelapkan wang berjuta2 ringgit, minum arak, beli nombor ramalan. maksiat anak2 muda kita dan cuba hitung berapa orang yang menunaikan solat baik dirumah pejabat maupun masjid. Kita melihat semakin ramai orang Islam sendiri melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam dan bermacam perkara yang ditegah Allah.
Kita selalu lupa semua ini milik Allah swt dan apabila Allah murka pastinya para malaikat yang membawa angin, air dan api akan melakukan tugas. Kepada yang belum bertaubat cepatlah bertaubat. Bergantunglah sepenuhnya kepada Allah. Jangan lagi percaya pada sekerat kayu keras yang kononnya dapat menundukkan letusan Gunung Merapi. Jangan percaya pada batu cincin yang kononnya boleh menahan ombak dilautan. Jangan percaya pada dampingan Jiin yang kononnya dapat menunujkkan kepada kita alamat2 tertentu.
Kembalilah kepada jalan Allah yang lurus sebelum kita dikembalikan liang tulus.
Salam Ukhuwah..~
Sumber
1 comments:
suka ngan post ne.. =P
semoga kita sentiasa dlm pemeliharaan Allah..
Barakallahufik.. =)
Post a Comment