Apa yg sy tulis ni kdang2 pndai serius, pndai dtang buduh, pndai mengopy n share dri tmpat len n so on. Kadang2 datang rajin update entry, kadang2 dtang malas smpai berbulan2 x lawat ni blog. Bntuk pnulisan pun kdang2 pndai skema, kdang2 pndai... ntah, kdang2 blur... (x pham uda apa sa tulis). Apa2 pun, buatla blog ni cam rumah sendri yer hehe...


Hi U all. Folo la sa...

Berapa ekor lembu??

Ajoi seorang penternak jaya yang membela beribu ekor lembu. Ladangnya sangat luas tetapi berada di kawasan terpencil. Tiba-tiba sebuah BMW baru meluncur arahnya. Pemandu, seorang pemuda yang berpakaian tuxedo,kasut Gucci, kacamata hitam Ray Ban dan bertali leher YSL, menjenguk kepalanya dari tingkap kereta dan bertanya Ajoi, “Jika saya mengatakan dengan tepat berapa banyak lembu yang ada dalam kawanan anda, mahukah anda memberi saya seekor?”
Ajoi selamba shj memandang lelaki itu, lalu melihat ribuan lembunya dan dengan tenang menjawab, “Ok!”
Pemuda itu parking keretanya, mengeluarkan IBM ThinkPad yang menyambung ke telefon, kemudian ia melayar ke website NASA dan menggunakan sistem satelit, zoom in daerah tersebut, dan kemudian membuka database dan Excel spreadsheet dengan formula kompleks. Dia menghantar e-mel melalui Blackberry dan selepas beberapa minit, mendapatkan tekaan. Akhirnya, ia print laporan 130 helai pada printer mininya kemudian berkata kepada Ajoi, “anda mempunyai tepat 2586 lembu”.
“Humm tepat sekali! Ambilah salah seekor lembu” kata Ajoi.
Pemuda itu memilih seekor lembu yang agak kecil dan memasukkan ke dalam but keretanya.
Kemudian Ajoi berkata: “Jika saya boleh mengatakan dengan tepat apa pekerjaan anda, adakah anda akan memberikan lembu saya balik?”
“OK, mengapa tidak” jawab pemuda yang smart gila itu.
“Nampaknya , anda adalah jururunding (consultant) ” kata Ajoi.
“Itu betul” kata pemuda itu, “tapi bagaimana anda tahu?”
“Tidak perlu meneka,” jawab Ajoi. “Anda muncul di sini walaupun tidak ada yang memanggil anda. Anda ingin dibayar untuk jawapan yang sudah saya ketahui, dan anda ingin dibayar untuk sebuah pertanyaan yang tidak pernah saya tanyakan. Dan anda tidak tahu apa-apa tentang perniagaan saya … Sekarang bagi balik lembu saya.!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...