Apa yg sy tulis ni kdang2 pndai serius, pndai dtang buduh, pndai mengopy n share dri tmpat len n so on. Kadang2 datang rajin update entry, kadang2 dtang malas smpai berbulan2 x lawat ni blog. Bntuk pnulisan pun kdang2 pndai skema, kdang2 pndai... ntah, kdang2 blur... (x pham uda apa sa tulis). Apa2 pun, buatla blog ni cam rumah sendri yer hehe...


Hi U all. Folo la sa...

TAKSONOMI BLOOM


            Taksonomi Bloom merujuk pada pengelasan yang dibuat untuk tujuan pendidikan menjadi beberapa domain dan setiap domain diperincikan lagi berdasarkan hierarkinya. Berdasarkan kepada taksonomi yang disusun oleh Benjamin S. Bloom pada 1956, terdapat tiga domain di dalam pendidikan iaitu domain kognitif (pengetahuan, pengertian), domain afektif (sikap, penyesuaian diri) dan domain psikomotor (perilaku-perilaku motor).
            Dalam setiap domain itu dikategorikan secara bertingkat yang bermula dari aras yang mudah sehingga aras yang kompleks. Berikut merupakan hierarki yang disusun mengikut domain :

DOMAIN KOGNITIF
1
Pengetahuan (Knowledge)
2
Pemahaman (Comprehension)
3
Aplikasi (Application)
4
Analisis (Analysis)
5
Sintesis (Synthesis)
6
Penilaian (Evaluation)

DOMAIN AFEKTIF
1
Penerimaan (Receiving)
2
Tanggapan (Responding)
3
Penghargaan (Valuing)
4
Pengorganisasian (Organization)
5
Karakterisasi berdasarkan nilai (Characterization by a value)

DOMAIN PSIKOMOTOR
1
Persepsi (Perception)
2
Kesiapan (Set)
3
Respon terpimpin (Guided response)
4
Mekanisme (Mechanism)
5
Respon ttampak yang kompleks (Complex Overt Response)
6
Penyesuaian (Adaptation)
7
Penciptaan (Origination)


            Taksonomi Bloom lebih menitikberatkan aspek kognitif berbanding domain yang lain di mana ianya ditekankan dari segi pengetahuan berkenaan apa yang dicari seperti fakta, teori dan hukum. Oleh yang demikian, guru akan membina soalan dalam pengujian berpandukan kepada taksonomi ini.
            Ujian yang baik perlulah mempunya perancangan yang rapi. Selain daripada penyediaan jadual spesifikasi ujian (JSU), Taksonomi Bloom juga perlu digunakan sebagai panduan dalam membina ujian yang bersesuaian dengan tahap kemampuan murid. Terdapat enam peringkat / hierarki dalam domain kognitif yang bermula dari aras mudah hingga ke aras sukar.

PENGETAHUAN
            Aras pengetahuan menguji kebolehan murid untuk mengingat kembali fakta, erti, istilah, definisi yang dipelajari. Murid perlu untuk mengingat semula perkara-perkara yang telah dipelajari tanpa sebarang perubahan fakta.
Contoh soalan aras pengetahuan :
1.    Apakah ibu kota Negara Malaysia?
2.    Berapakah buah negeri yang terdapat di Malaysia?
3.    Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang kedua?

KEFAHAMAN
            Aras ini menguji kebolehan murid untuk memahami, menterjemah, memberi penjelasan terhadap sesuatu yang telah dipelajari. Maklumat perlulah dijelaskan dengan terperinci. Terdapat tiga perkara penting yang perlu ditekankan di dalam aras ini iaitu terjemahan kepada maklumat (contohnya Abu makan nasi), tafsiran terhadap maklumat (semua rakyat Malaysia suka makan nasi) dan ekstrapolasi iaitu tafsiran lanjut berdasarkan maklumat (nasi merupakan makanan ruji rakyat Malaysia dan perlu ada pada setiap set makanan)

APLIKASI
            Aras aplikasi menguji kebolehan murid menggunakan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan. Bentuk soalan mengikut aras ini biasanya meminta murid untuk menyelesaikan, menunjukkan bagaimana sesuatu perkara dan jelaskan.
Contoh soalan aras aplikasi :
1.    Susun semula perkataan-perkataan di bawah membentuk satu ayat yang betul

sungai, itu, ke, melompat, dalam, kerbau

ANALISIS
            Aras ini menguji kebolehan pelajar membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain. Murid perlu menganalisa maklumat dan mampu untuk menstrukturkan maklumat kepada bahagian-bahagian kecil untuk mengenali pola dan perhubungannya. Murid perlu menaakul iaitu mencari sebab dan akibat pada maklumat yang dianalisia.
Contoh soalan aras analisis :
1.    Di antara ayat-ayat berikut yang manakah ayat suruhan?

      I.        Jangan lari.
    II.        Sila duduk sekarang.
   III.        Padamkan lampu itu.
  IV.        Harap anda dapat datang esok.

SINTESIS
            Aras sintesis menguji murid untuk mencantumkan, menggabungkan dan mengintegrasikan fakta-fakta yang berkaitan membentuk fakta yang baru.  Murid perlu mampu mengenalpasti dan menjelaskan maklumat yang digunakan bagi menghasilkan penyelesaian yang diperlukan. Sintesis lebih ditumpukan pada karangan di mana murid perlu menjana idea yang berkaitan dan menyusunnya membentuk satu karangan yang lengkap.
Contoh soalan
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Saya sebatang pen”.

PENILAIAN
            Aras ini menguji kebolehan murid untuk menilai, mengkritik, merumuskan atau memberi pendapat terhadap sesuatu pernyataan, teori dan sebagainya. Murid perlu mampu membuat pertimbangan terhadap sesuatu dengan menggunakan kriteria yang sesuai dan mengikut standard yang ada untuk memastikan penilaiannya itu mempunyai manfaat dan nilai yang tersendiri.
1.    Pada pendapat kamu, mengapakah keadaan sedemikian terjadi?
2.    Sejauh manakah kebaikan bermain semasa rehat di sekolah?
3.    Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar. Berikan pendapat anda.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...